Tuesday, December 9, 2014

2D1N bercuti di Lotus Desaru



Hari sabtu dan ahad lepas, kami bercuti di Lotus Desaru. Walaupun dah beberapa kali kami pernah bercuti di Lotus Desaru ni ( dalam 6 kali kot bercuti disini termasuk konvoi berkereta, family in law day, cuti sendiri2, dan cuti bersama kawan), namun ia tetap best dan meriah sebab makin banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Percutian kali ini adalah percutian bersama kejiranan rumah kami. Sebanyak 6 buah kereta yang turut serta. First time ni bercuti bersama jiran2 terdekat. Memang best! Walaupun rancangan hanya dibuat sebulan awal melalui group whatapps sahaja, namun semuanya berjalan lancar. Terima kasih apps whatapps...:-)


Kami bertolak jam 9 pagi dari rumah. Lebih kurang jam 10:30 pagi sampai. Lagipun hujan renyai-renyai. Masing2 tak boleh speed atas highway. 

Walaupun sampai awal, tapi alhamdulillah, ayah damia dapat minta check in awal. Jam 10:45 kami dapat masuk bilik masing2 instead kena check in 2 petang kan. Jiran2 cakap ni mesti ayah damia ada kabel besar ngan manager Lotus Desaru. Ngeh ngeh, rezeki bersama kita lah haritu. Tak ada kabel2 pun..:-))

Bilik yang masih sama dengan sebelum2 ni. Tak ada perubahan.


Bilik di tingkat atas.


Hati2 kalau ada anak2 kecil turun naik tangga ni. Dulu2 masa bercuti kat sini, takut sangat both damias naik turun tangga ni. Kejap2 mesti suruh bibik yang temankan. Kalini both Damias dah besar sikit. Dah tak berapa runsing.


Snap dari bilik atas. Hamboii! Selesa mampak Ayyunie conquer sofa tu maraton tgk kartoon kat Disney Chanel. Almaklum lah rumah kami dah nak masuk 4 tahun tak guna Astro.


Ehem, kasi chance lah ya selfie dalam bilik air yang luas ni.


Ruang tamu bawah yang berkongsi dengan kitchenette. No worries, memang sangat luas.


Family time. Layan HBO. Sementara saya pula siap2 panaskan makanan tengahari yang dibeli di Bandar Penawar tadi. 


Opsas! Kasi chance kami suami isteri masuk entry ni ya. Kredit to Ayyunie yang snap gambar ni sekali sahaja. Tq adik!


Complimentary. 2 tiket masuk theme park. Both Damias tak kena bayar sebab under age. Tapi in case kalau uols ada anak2 yang bukan under age, bayaran masuk ke theme park pun masih murah. RM5 sahaja per person.


Dah siap makan dan berehat, masa untuk main air pula. Tak sabar ni both damias nak  main theme park.


Masa ni masih tak ramai lagi org main air. Ya lah bukan waktu lepas check in lagi kan. So group kami dan group family day yang lain yang conquer theme park ni.


Tq jiran yang snap gambar kami sekeluarga. Perasan tak kat lengan ayah damia tu ada pouch handphone kalis air. Tq yang cipta pouch tu. Dalam air pun masih boleh snap2 dan jawab telefon:-))


Main slide kanak2. Lepas tu kami sekeluarga main slide "lazy river" pula. Main sampai lebam termasuklah saya dan ayah damia.


Berdenggung otak dan telinga pabila kena momentum air dari Kelapa Besar tu. Hihi, sekali je saya serah diri, pastu layan tengok kerenah org kat tepi batu tu.


Lepas tu saya teman ayah damia dan both Damias main air kat swimming pool pula. Tapi kat sini kena betul2 pakai proper attire untuk swimming tau. Kalau tak memang tak leh main air kat pool ni.

Lepas main air, kami pun berehat didalam bilik. 


Malamnya ada pot luck dari keluarga masing. Asalnya planning nak buat pot luck kat tepi pantai, sekali dah tak boleh sebab sekarang semua area Lotus Desaru dah jadi private area. So tak boleh sesuka hati nak berkelah atau gather2 sana sini. Kalau nak boleh sewa di tempat BBQ area dengan harga RM250. 

Last2 kami decided buat kat bilik saya sahajalah memandangkan keluarga saya yang paling kecil. Menu pot luck saya malam tu adalah buah-buahan serta aneka keropok keping dan keropok lekor rompin.


Lepas dah makan2, ada acara games juga. Best2 game yang dianjurkan oleh setiap keluarga. Tak kering gusi kami semua.


Yeayyy, keluarga kami menang games uji minda. Hihi.. Jiran2 saya kata "no wonderlah cikgu".. Haha, cikgu tak belajar lah soalan teka teki cam tu.. Haha.. Lepas tu ayah damia menang games makan biskut dengan mimik muka. Yeayy.. Keluarga kami dapat 2 hadiah.


Hadiah kami untuk pasangan paling sporting. Tahniah Kak Nor dan Abang Fazly.


Esoknya kami breakfast di Sea View Restoran. Dulu2 breakfast kat Teratai Cafe. Sekarang ni kat Sea View lagi besar lagi luas tempatnya. Tapi Masyaallah, orangnya tetap ramai! Semalamkan kami check in awal dan aktiviti dalam bilik, mana jumpa org ramai giler macam pagi tu.

Oh ya, complimentary breakfast hanya untuk 2 person sahaja. Ayyunie under age. Aleesya kena bayar RM15. 


Dah ada seafood restaurant juga tepi pantai. Dulu2 tak ada.


Kedai cenderamata, mini mart dan fun fair pun dah setahun lebih rasanya wujud kat sini. Dulu2 mana ada.


Nak breakfast tepi pantai pun boleh. Cuma tahan panas ke tak je dengan cahaya matahari tu.

Lepas dah breakfast, terus saya temankan both Damias main water theme park. Wahhhhhhh, ramainya org. Sekejap je saya temankan mereka, lepas tu ajak balik main air dalam bath tub lah pula lagi best!


Inilah rakan2 kejiranan saya. Sebelum acara bergambar, sempat kami buat cabutan bertuah. Tq semua! Uolss semua memang awesome! Next time kita gather2 lagi ya jiran2. Walaupun family & friends day, tapi semua happy sebab ada masa tertentu adalah free and easy bersama keluarga masing2.


Harga terkini aktiviti watersports. Macam dah naik harga je.


Throwback Tahun 2010, saya pernah naik jet ski kat sini.


Throwback tahun 2011, pernah main banana boat bersama adik2 ipar dan biras saya disini.

This time saya dan family ingat nak try family tube. Tapi Ayyunie dan Aleesya takut lah pula. Alahai.. Tak pe, next time kita datang lagi dan try Family tube pula ya.

P/s: Kat pantai pun dah ditambak pasir tinggi2. Apalah projek yang nak ditambah tu ya.
























No comments:

Post a Comment