Monday, November 17, 2014

Skrin Angkasa ( Sky Screen ) di JB

Lepas makan-makan di Dapur Jendela, kami pun berjalan kaki di hadapan MBJB untuk melihat Skrin Angkasa yang baru itu. Teruja masa mula-mula kereta lalu bawah Skrin Angkasa ni. Excited tengok skrinnya berubah-ubah warna dan gambar.


Bagi yang first time lalu bawah Skrin Angkasa ni (wajib lalu sini kalau nak ke bandaraya JB), mesti tak sabar-sabar nak berhentikan kereta snap2 the moment kan.


Tu gambar bendera Johor.
Ya Ampun, punyalah ramai yang berhenti tepi jalan snap2 the moment.
Kami pergi makan dulu. Parking kat area2 Pejabat pos besar JB, then jalan kaki ke sini.


Cantiknya gambar ni.
Abstrak kan.


Kalau skrin biru, nanti semua org, kereta dan jalan jadi biru. ;-)


Selain dari Skrin Angkasa, terdapat juga boneka-boneka yang dihiasi lampu di taman teman MBJB.
Siap ada air pancut lagi.
Ramai yang bergambar disitu.
Kami tidak le bergambar sebab ramai betul orang.


Bergambar disini sajalah buat kenangan.


-Wefie-

Tapi hati-hati disini.
Ada yang suka hati je parking kereta dilane kanan.
Bahaya tau.
Baik parking jauh sikit dari ambil risiko kemalangan kan.

Cerita penuh kewujudan Skrin Angkasa ni boleh baca di link bawah



Lepas tu kami ke Danga Bay pula.
Kalau tidak kerana both Damias merayu2 nak main skate line dia kat sini, tidaklah kami datang sini.
Dah lah jam 11 malam pula tu.


Mula2 Ayyunie main.
Lepas tu Aleesya pula.
Alhamdulillah.
Both Damias dah ada improvement main skate line.
Cuma tak berapa laju je lagi.


Hah tu dah confident main skate line.


Sementara Aleesya berlatih main skate line dengan ayahnya, dah si Ayyunie ni merayu2 pula nak naik Choo Choo Train katanya. Haishh..budak kecik ni ada je nak main tu ni. Nak buat tu ni. Last2 ibu mengalah naik dengan Ayyunie. Bayaran RM5 per person tak kira dewasa atau kanak2.


Maka happy lah kami sekeluarga dapat menikmati masa bersama yang penuh berkualiti.
Semoga Allah limpahkan lagi kebahagiaan serta kasih sayang kepada keluarga kami dengan penuh keberkatan.
Aaamin.

p/s: Ayah Damia seharian kursus di Persada. Saya pula pagi petang ada kelas foreigner. Ok lah. Gerak dulu.














No comments:

Post a Comment