Monday, September 8, 2014

Tanda terima kasih kami kepada pengunjung di HALFEST 2014.


Hampir 4 hari blog kesayangan saya ni tak ada apa-apa entry. Agak jarang juga blog saya bercuti sampai 4 hari. Kalau tak ada entry 1-2 hari biasa. Ni masuk hari ke 5 petang baru sempat nak menaip sementara tunggu kelas saya sebentar lagi jam 6 petang.

Bukanlah tak ingat langsung pada blog kesayangan saya ni.
Cuma tak berapa sempat nak buka dashboard nak menaip corat-coret cerita saya.
Al-maklumlah saya kesibukan yang amat di HALFEST 2014.
Balik pula dari event jam 7 petang malam, masuk The Mines dulu untuk makan dan jalan-jalan.
Bukan apa, memang kalau nak elakkan kesesakan para pengunjung dan usahawan sekaligus dari event tu, kena tunggu jam 9 malam ke atas baru jalan ok sikit. Kalau tak duduk lah dalam kesesakan tu hampir 2 jam.

Sampai2 hotel mandi, solat dan terus tidur.
Begitu jua rutin dengan staff-staff saya.
Mereka lagilah penat berdiri sepanjang masa.
Apa nak buat memang tak sempat duduk kecuali bergilir2 semata2 ke surau untuk solat sahaja.
Makan tak payah cakaplah, memang tak proper.
Makan apa sahaja yang dah beli awal2.
Tu pun kelam kabut makan. 
Sebab org tak putus2 dan berpusu2 ke HALFEST 2014. 

Dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada HALFEST 2014.

Pertama kali CocoDamia menyertai event Halfest. Tetapi sambutan amat-amat mengalakkan. Lautan manusia memenuhi dewan MIECC bermula jam 10 pagi dan stok CocoDamia pun seawal jam 11 pagi hari terakhir dah SOLD OUT. Mujur ada PLAN B!

Kami team CocoDamia ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada seluruh pelanggan dan pengunjung yang membeli mahupun uji rasa Coklat IQ dan KRUKK KRAKK. 
Terima kasih jua kepada ejen-ejen dan stokis baru CocoDamia.
Kalian memang bijak mengambil peluang!

Selama 5 hari di Halfest 2014, maafkan kami seandainya ada yang terkurang mahupun terlebih. Maklum lah, kadang-kadang out of control kalau ramai-ramai dah serbu booth kami kan. Yang penting kalian semua happening dan sporting.

Insyallah kita jumpa lagi tahun hadapan ya untuk HALFEST 2015 bulan Oktober 2015.

Terima kasih tak terhingga jua kepada KKLW kerana telah memilih CocoDamia berada dibawah satu bumbung Usahawan KKLW.

Jujurnya saya sangat-sangat rindu crowd di Halfest 2014.
Walaupun penat, tapi tak terasa penat tu. Hihi..

Terima kasih sekali lagi!

No comments:

Post a Comment