Monday, September 8, 2014

Corat coret sepanjang Halfest 2014

Jom layan gambar-gambar kami sepanjang di Halfest 2014 dari 3-7 September 2014.


Team CocoDamia yang hebat! Minta tolong media yang snapkan awal-awal pagi lagi kebetulan media tu pun snap gambar kami untuk dimasukkan dalam slide show untuk masa dinner Malam Gala. 


Hari pertama saya sampai (hari ke-3 event), dah kena interview dengan Sinar Harian. Tq wartawan2 yang sporting.


Then bergambar dengan silent reader saya Siti. Mujur siti tegur saya, kalau tak jujurnya saya tak perasan yang Siti ni friendlist FB saya. Hah tu lah untungnya event2 macam ni, boleh merapatkan ukhwah sesama kita.


Hik hik.. Abang tu minta selfie dengan En Khai bersama produk. Excited betul!


Then sempat saya jalan-jalan ke tingkat atas sekejap untuk melihat booth2 yang dimonopoli kebanyakan artis seperti Memey Suhaida, Noorkhairiah, Siti Nordiana, Bienda, Ustaz Don, Altimet, Raja Ema, Yatt Hamzah, Zul Yahya, dan ramai lagi lah. Baru saya tahu yang diaorg ni ada jenama baju sendiri. Kalau tak memang saya tak tahu. Then booth yang paling havoc adalah Aidijuma. 

Saya memang langsung tak ambil gambar dengan artis2 tersebut. Ntahlah, selisih dengan Heliza Helmi pun saya buat biasa je. Agaknya ramai sangat artis kat event ni. Tapi Aleesya dan staffs saya sempatlah bergambar dengan artis2 masa hari last day mereka shopping kejap lepas semua produk CocoDamia sold out.


Sesi interview dan recording masuk TV untuk promo Halfest 2015. 


On the spot kena jawab soalan.


Asyik muka atas je masuk TV kan. Dah nak buat cam mana, En Khai pemalu orgnya. Hiks.. 


Kita tgklah promo untuk Halfest 2015 akan datang.

Hari keempat event. Semakin sibuk semakin kelam kabut. Tak cukup ruang untuk entertaint para pengunjung. Tapi Alhamdulillah, kami cuba yang terbaik.


Yeahhhh! Adik kat atas tu jadi ejen.


Adik kat atas ni pula datang interview utk assignment merekaa berkaitan produk Halal. Memang sepanjang saya kat event ni, tak putus2 pelajar2 Universiti datang interview.


Malamnya jam 7 malam, saya dan En khai pergi Dinner Malam Gala usahawan Halfest 2014. Seramai 700 usahawan dikumpulkan bersama pasangan masing2, artis, VVIP dan lain2. Nanti saya buat entry lain ya untuk Malam Gala ni.


Hari ke 5 event. Lagi Dasyat! Kedai tak buka lagi pembeli dah tunggu dihadapan kedai. Haritu memang lambat sikit sebab kami uruskan check-out dulu kat hotel. Makin berpusu2 orang. Bayangkan jam 11 pagi dah sold out. Mujur ada plan B!


Rakan FB saya, Fareeza Merican. Sama2 menang Dutch Lady kisah bijak 3 tahun lalu. Wahhh coming soon 3rd Baby. Dulu masa kenal yang sulung tu je ada.


Then silent reader saya lagi. Saya kawan dengan kakaknya melalui FB. Dan adiknya pula kenal saya. Hihi..


Jam 12 tengahari. Plan B berjalan. Jual Krukk Krakk tanpa kotak dan hanya ditampal stiker sahaja. Coklat IQ pula masukkan dalam beg Royal. Sampai camtu sekali. Sebab walaupun dah sold out, tak dibenarkan tutup booth.


Yang nak jadi ejen pun bertambah2. Tapi stok Sold Out. Kalau kilang dekat, boleh mina staff hantarkan. Ni jauh di JB kan. Tapi kami dah ada plan B. 


Mommy comel Eliza datang. Datang pun dah lewat jam 5 tak silap. Hurmm apa ada lagi? Semua dah sold out. Siannya mommy comel ni mengidam nak makan Krukk Krakk. Mujur ada yang balance2 yang tampal stiker.

Dan berakhirlah event Halfest 2014. Jam 6 petang En Khai kemas2 barang. Staffs pula pergi shopping dan saya pula pergi Shoulder Massage kat Rembulan Spa yang buka booth dalam event tu. Penatt weii. Kalau boleh nak massage whole body. Tapi tak ada pula service tu. 

Dan Alhamdulillah, Program Halfest 2014 berjalan dengan jaya sejaya jayanya! Syukur Ya Allah permudahkan usaha kami usahawan untuk halfest kali ini.


Otw balik JB, singgah Bandar Baru Bangi makan sup Gear Box. Tempat feveret En Khai lah ni. Sedut2 sup gearbox ni kan memang kegemarannya.

Dan Alhamdulillah kami semua sampai dengan selamat di JB jam 12 tengah malam.

P/s: Terima kasih tak terhingga kepada semua pengunjung serta pembeli produk CocoDamia sepanjang Halfest 2014. Maaf kalau ada yang tak sempat saya nak say hai, atau tak sempat nak bergambar sekali, atau tak sempat pun nak senyum. Terima kasih juga kepada ex-students saya yang belajar di UPM, UM dan Uitm yang datang cari saya. Happy both Damias dapat jumpa kakak2 yanh biasa bermain dengan mereka. Terima kasih juga kepada pihak penganjur Sharpers dan KKLW. Sekali lagi TERIMA KASIH. Jumpa lagi tahun hadapan. Insyallah.

















No comments:

Post a Comment