Tuesday, August 26, 2014

Day 2 - Betul ke saya dah kurus?

Cerita hari ke 2 CocoDamia di Bio Johor 2014.


Alhamdulillah, masih ada yang sudi cakap saya ni kurus..
Ntah kenapa harini ramai yang cakap saya kurus..
Walhal baru semalam ada org komen saya berisi..

Yang paling tak tahan tu, bulan Syawal ni dah dekat 6-8 org tanya saya pregnant berapa bulan?
Fuhhh...sabar je lah kan..
Yang ayah damia pula bantai gelak sakan sambil cakap saya pregnant 3 bulan, tapi tak keluar2 pun dari awal tahun..sampai hati abang tau!

Yang saya perasan, kalau pakai dress kembang ke, jubah labuh ke atau baju yang loose dan macam seluar palazo tu, mulalah org tegur saya pregnant ke atau cepatnya berisi. Saya kan memang suka pakai yang besar2 ni. Tu kot penyumbang org cakap saya pregnant dan berisi.

Baru semalam ex-student saya datang jumpa saya borak2 kat Pusat Tuisyen. Diaorg pun cakap saya gemukkss tau. Tapi saya tak sentap pun sebab alah bisa tegal biasa. Tapi niat dihati tu nak lah kurus supaya cantik didepan suami. Bukan depan mata org lain pun kan.

Tak pe tak pe, uolss jangan terpengaruh tau! Ini semua hanya ILLUSI MATA dan POSITIONING BAJU sahaja.

Ok lah jom layan gambar-gambar kami harini di Bio Johor 2014.


Kami yang singgah sekejap di Persada Johor tengahari tadi. 
Kebetulan terjumpa ramai pula pegawai2 yang berurusan dengan CocoDamia, pegawai2 yang datang audit ke Kilang CocoDamia, dan rakan-rakan usahawan lain yang nak menghadiri kursus halal. Terjumpa kat ruang foyer Persada. Yang paling best sekali, terjumpa juga abang ipar dan biras saya sebagai presenter harini. Memang rezeki terjumpa orang yang kenal je harini.


Dan harini pun, CocoDamia diserbu lagi oleh para pelajar dan guru-guru.
Pelajar2 dari sekolah Fen Yew kalau tak silap.
Mula-mula sorang je rasa dan beli, pastu pakat2 ajak kawan2 pula rasa dan beli.


Masing2 teruja akan kesedapan Coklat IQ dan Krukk Krakk ni.
Confirm kalau dah rasa, rugi tak beli.


Kalau tak cukup duit, pakat2 kongsi beli.


Pelajar2 giat Mara dari Pasir Gudang.
Hah tu terselit gambar abang ipar dan biras saya.
3 usahawan sahaja yang terpilih untuk duduk dalam booth EDC ni.


Bersungguh saya bagi penerangan..hihi..
Tolong jaga sementara staff saya pergi makan dan solat.


Alhamdulillah dengan rezeki dan feedback dari pengunjung harini.
Yang penting biar masyarakat tahu akan makanan yang berkhasiat dan sihat.
Bukan senang nak educated people healthy food termasuk healty chocolate kan.


Rezeki untuk Both Damias harini.
Jabatan Perikanan sponsor ikan gapi bersama akuarium dan makanannya sekali.
Boleh pula terjumpa Tuan yang datang menilai pertandingan usahawan siswazah tempohari.
Tuan tu tanya saya "do you remember me?"
Saya cakap mana boleh saya lupa, tuan lah yang cakap " saya percaya, by the time you're 40, awak seorang jutawan".

Dan sempatlah dia datang ke area booth kami untuk sambung borak-borak. 

Ok lah, esok dah last day kami team CocoDamia di Bio Johor 2014.
Hujung minggu ni kami di MAHA Kulaijaya pula. Then rehat sehari dua terus ke Halal Fest di Seri Kembangan selama 5 hari. 

Kalau kalian nak jumpa kami atau nak jadi dealer/stokis CocoDamia, bolehlah hubungi 010-646 8383. Insyallah mana yang kami boleh kongsi, kami cuba kongsi tak kira dari segi ilmu mahupun rezeki.











No comments:

Post a Comment