Monday, March 31, 2014

Let the Sunshine in happy New Month


Opportunity NEVER lost!
It will go to those who are READY! 
Am I ready?

Assalamualaikum April!



1/4 - 3/4 - Kursus RBC, Bandar Baru Uda

3/4 - 6/4 - Road to MAHA, Batu Pahat

6/4 - Pameran dan jualan Produk Kesihatan, Hospital Sultanah Aminah

8/4 - 12/4 - MIHAS, KLCC

15/4 - 17/4 - Bengkel Eksekutif Halal, Primaland Resort, Port Dickson

24/4 - Talk of Succesful Entrepreneur, Universiti Malaysia Kelantan

1/5 - 4/5 - Simposium Perniagaan Maya, Kuala Selangor

** Tarikh dalam bulan April yang masih belum confirm, tapi dah buat persediaan since Januari 2014 "Pertandingan Usahawan Siswazah" **

Ya Allah Ya Tuhanku, Izinkan semua perancanganku dan ketetapan dariMu diberi skrip yang baik-baik semuanya. Semoga semua program dan event yang aku hadiri diberkati dan boleh menambah nilai kepada masyarakat luar sana. Terima kasih Ya Allah. Aaamiin..

9D pun ada????


Perghh!
Tak terjangkau dek akal..
Macam manalah 9D ni kan

Yang 3D dah biasa tgk kat wayang..
Yang 4D dah biasa juga masa kat Genting Highlands dan USS Singapore.
Ni yang 9D?
Agaknya apalah effect terbaik dan kebabom dalam panggung tu ya.

Kami memang tak masuk lah.
Kalau berdua boleh juga beranikan diri masuk.
Tapi ni ada 2 si kenit tu hah.
Cam mana nak masuk?
Takkan nak tinggal kat luar.
Nak masuk gilir2 ngan ayah damia lagi lah tak kan.
Takut juga..sebab tak pernah baca lagi org yang bagi review pasal 9D ni.

Kalau siapa2 yang pernah alami 9D ni, nanti share2 story tau!

Studio Room pula di Bayou Lagoon Park Resort


Ini betul-betul unplanned holiday!
Balik kerja tengahari rabu lepas, terus packing2 barang dan set go!
Sebenarnya kesian kat anak2, school holiday tak bawa ke mana2. Kesian kat diri kami sendiri juga. Asyik kerja-kerja-kerja, langsung tiada masa utk bersantai dan beristirehat. Macam ni lah kalau business sendiri, istilah betul-betul cuti memang jarang2 ada. Jadi kesempatan masa yang ada, bolehlah dijadikan short vacation.


Booked hotel pun masa otw nak ke Melaka. Via Agoda. 
Nak check in pun boleh tahan ramai orang.
Sampai2 sahaja dalam bilik! Wahhh terus nampak jakuzi ni. Tak tahu pun studio room ni ada jakuzi. Sebab dulu masa yang stay kat 2 bedroom apartment tak ada Jakuzi.


Memang luas.


Ada kabinet dapur kecil dan ruang makan. 


Tv yang boleh adjustable.
Nak pusing bahagian mana nak tgk TV pun boleh.


Antara bedroom dan bathroom ada connection sliding window.


Nak selfie juga! Hiks


Aleesya yang posing di antara bedroom dan bathroom


Simple living room, buka je sliding door, angin sepoi2 masuk..


Dah siap2 makan, rehat dan berjakuzi dalam bilik, lepas maghrib bersiap2 nak ke Night Safari Zoo pula. Nanti buat entry lain ya yang tu.


Balik dari Night Safari dan makan malam, release tension lagi dalam Jakuzi.


Saya yang sempat intai2 both Damias, bukan apa.. Budak2 kalau dah jumpa air kadang2 boleh jadi hilang pertimbangan. Takut jatuh, tergelincir atau lemas.


Pagi esoknya turun sarapan


Lebih kurang sama je menu sarapan dengan yang kami datang dulu


Dah sarapan apa lagi? Main air lah kan.


Both Damias je yang mandi manda, kami suami isteri dating bawah pokok. Hikss.
Hamboi teruja Aleesya main slide ya. Ayyunie takut. Tapi adalah sekali dua dia try sliding. Pastu muka cuak haha..


Dah siap main slide, singgah mandi kat pool pula. Makk aiii, panas terik betul cuaca. Tak tahan, kejap je both Damias main dalam ni.. Tak sampai 10 minit pun.

Lepas check out terus ke bandar Melaka utk tempah cenderahati secara pukal dan sambil2 tu round2 bandar melaka naik beca.

Kami sangat gembira kerana walaupun short vacation, tapi masa berkualiti bersama tu yang penting. Tak kira apa pun, hargailah ahli keluarga kita yang tersayang. Terima kasih Ya Allah.

Kalau ada sesiapa yang nak tgk cam mana pula bilik 2 bedroom apartment di Bayou Lagoon ni, boleh klik klik link kat bawah ya..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, March 30, 2014

Raikan harijadi yang ke-5 di secret recepi


SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-5 UNTUK DAMIA AYYUNIE BT KHAIRUDDIN
Masa ni Ayyunie umur baru beberapa bulan.


Semoga menjadi anak yang cerdik pandai, solehah, patuh, sihat dan berjaya dunia akhirat.
Masa ni umur baru lepas pantang. Lebih kurang hari yang ke 60. Dah bawa pergi cuti-cuti Malaysia. Di dalam kendongan bibik.


Semoga menjadi anak kebanggan ibu dan ayah.
Masa ni umur nak masuk 2 tahun.
Bukan main lasak lagi..


Ibu ayah dan kakak Aleesya sayang sangat dekat baby tau. Walaupun baby selalu buli-buli kakak, tapi baby bertuah sebab kakak selalu mengalah.
Masa ni umur baru 2 tahun lebih.
Kerjanya nak main je..hihi


Kebetulan harini tak ke sekolah.
Bawalah Ayyunie celebrated kat Secret Recepi.
Dia yang pilih sendiri nak datang sini.
Dia juga pilih sendiri nak hadiah apa.
Bukan main muka chicky-chicky lagi kan.


Walaupun ibu selalu bebel-bebel kat baby, baby bertuah sebab apa yang baby nak makan, mesti ibu masak.


Happynya dia dapat tiup lilin sempena ulangtahun ke-5.


Dan walaupun ayah selalu tegas dan suka gomol-gomol baby, baby bertuah sebab apa yang baby minta, ayah tunaikan.


Dan babylah jantung hati kami semua!
Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan Damia Ayyunie kepada keluarga kami.


Opppss, ibu ayah pun nak enterframe juga.
Kesian kakak kena sekolah kan.

Semoga Allah senantiasa memberkati dan melindungi Damia Ayyunie bt Khairuddin.
Muahhh, Happy Birthday Baby!


Terima kasih in advance kepada auntie2 semua yang wish birthday Ayyunie.
Semoga Allah sayang dan jaga kalian semua.


Muahhh daripada Ayyunie utk semua pembaca blog ini!
Blog ini terhasil semasa ibu pantangkan Ayyunie.









Pertukaran hari sekolah!


Harini mula jadual baru! Sobs!

Aleesya kekal cuti sekolah jumaat dan sabtu.

Ayyunie pula ubah cuti sabtu dan ahad.

Maknanya ibu cuti jadi supir hanya sehari hari sabtu je lah ya. Sobs! Itu pun kalau tak ada outstation dan pameran.


Tapi ramai juga yang bagi feedback termasuk org keje gomen dan cikgu sekolah cakap memang sekolah dan waktu pejabat akan kembali cuti seperti asal iaitu cuti sabtu dan ahad. Cuma cepat atau lambat pelaksanaan tersebut. Ura2 dengar sekolah akan cuti seragam sabtu dan ahad lepas Mei nanti. Allahualam. Kita tunggu je lah ya.

Bukan apa. Kalau anak2 sekolah cuti seragamkan senang. Senang nak planning apa2 atau ke mana2. 

P/s: Ok lah, sempatlah Ayyunie cuti sehari lagi harini selepas penat 2 hari di kem motivasi yang berakhir semalam. Dia pun sama penat dengan peserta2 kem. Aleesya? Mujurlah ada cocodamia sebagai supplement tambahan utk kecergasan minda dan badannya.

Friday, March 28, 2014

Holiday bersama Monopod || Dan harini sambung holiday lagi..


Unplanned holiday!
Short vacation!
Tapi penuh bermakna!
Rabu tengahari lepas settle semua kerja di kilang dan di office, check in di Melaka! 

Malamnya pula ke Night Safari Zoo.


Balik Night Safari, berjakuzi pula dalam bilik.


Esoknya lepas breakfast main air sampai sunburn.


Pergi bandar Melaka tempah cenderahati. Sambil tunggu tempahan yang banyak siap, naik beca pusing2 melaka.


Berselfie sakan dengan monopod di area Bangunan Merah.


On the way balik JB dalam kereta pun berselfie lagi..

Sampai JB jam 8 malam, keluar baju kotor, masuk baju bersih pula.


Dan pagi-pagi ni kita sambung Holiday lagi di Mutiara Motor resort! Holiday lah sangat, walhal ada kem jati diri dari Pusat Bahasa Pelangi 2014. 

Apa2 pun terima kasih Monopod yang telah menjalankan tugas dengan baik! I love it!

P/s: Damn! Pagi ni saya ingat bawak batang monopod dah, rupa2nya saya bawa batang yang tempat pump angin bola tu. Haiyaaa pabila nak cepat!






Wednesday, March 26, 2014

Wordless Wednesday || 1 day more to go!


Sure my students, my staffs dan my facilitators tak sabar kan! Ok, sijil semua dah siap!


Last year kami ke Tanjung Sutera Resort. This year kita gi lagi ke tempat 2 tahun lepas.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.

Tuesday, March 25, 2014

My first Monopod, Universal Clip Lens & camera shutter!

Pergi HP,
Cuba sendiri,
Test sampai puas hati,
Terus beli!

Beberapa minggu lepas cakap kat ayah damia yang saya nak beli monopod, sekali ayah damia cakap jual dulu kamera-kamera dan aksesori dalam dry box baru boleh beli. Ya lah dia cakap beli beli pastu tak guna, tak ke membazir. Huhu.

Pastu semalam lepas sahaja selesai beberapa urusan di JB, saya utarakan manalah nak cari monopod on the spot ni. Nak beli online lambat. Haha..

Dan dan ayah damia terus cakap gi HP lah, kat situ kan banyak gadget dan aksesori handphone. Ok terus gi.

Masih tak banyak lagi kedai yang jual monopod ni. Ada yang cakap next week baru order sampai, ada yang cakap sold out, ada yang cakap kena order dulu. Dan mungkin rezeki kami, ada satu kedai ni masih ada stok monopod. Katanya "manyakkk laku ini barang".. Mana tak laku? Tengah trend kan sekarang.. Hihi..

Bagi saya yang berminat mengambil gambar ni, saya rasa trend ni tak harus saya abaikan. Bukan monopod jer saya grab, malah Universal Clip Lens dan shutter pun saya grab sama. Malah harga lagi murah dari Groupon, Lazada, MyDeal atau org perseorangan yang jual dalam online. Kalau beli satu2 items mahal sikit lah, amik set terus lagi murah!


Taraaa! Dan inilah hasil guna monopod, wide lens dan shutter. Boleh tahan juga hasilnya kan. Nampak penuh dalam gambar! Eh adik handsome yang entertainted kami tu pun enterframe. Alololo, comeyy Ayyunie tersorok kat belakang tu!


Ni ayah damia yang try amik gambar  pegang monopod tu! Best best! Saya suka.


Monopod. Boleh tarik panjang lagi ni.


Camera shutter. Nak warna pink, tapi sold out. Tinggal biru dan hijau je.


Ni fish eye lens, wide lens dan macro lens. Dah lama nampak kat online, baru sibuk nak beli hah. 

Apa-apa pun terima kasih Ya Allah. Semoga hobi saya ni dapat mengoptimumkan items yang saya beli tu! Tak nak membazir dah!

Jom bermonopod!



Monday, March 24, 2014

Kosmo, 24 Mac 2014 II CocoDamia Bakal Tembusi Pasaran Asia Barat


Alhamdulillah, Syukur..
Semoga Allah memberkati setiap inci usaha kami suami isteri dan juga penat lelah team CocoDamia.

Nak menaikkan jenama dan produk sendiri bukan senang..
Banyak yang perlu dikorbankan..
Bukan sekadar angan-angan on paper..
Bukan sekadar menimba ilmu dari teori semata-mata..
Tetapi pengalamanlah yang paling banyak mendewasakan..
Dan yang paling penting banyak mendekatkan diri dalam Zon Allah..
Supaya kita tahu apa maksud "rezeki" yang sebenar-benarnya..

Selain daripada Allah yang dapat menilai perit jerih kami, saya sebagai isteri turut berbangga dengan penat  dan usaha suami saya sendiri. Kadang-kadang kesian juga, tapi makin dikasihan makin disayang-sayang.

Kalau orang tanya apa rahsia kami, kami jawab semuanya daripadaNYA.
Awak usaha awak dapat, tak usaha jangan harap!

3 Mantra kehidupan kami:

"Man Jadda Wajada"
- Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berhasil-

"Man Shobaru Zhafira"
- Sesiapa yang bersabar akan beruntung-

"Man Yazro Yahsud"
- Sesiapa yang menanam, akan menuai yang ditanam-

p/s: Semoga business COCODAMIA dapat memberi kebaikan dan menambah nilai kepada masyarakat. Jom kepada sesiapa yang nak jadi pengedar atau stokis, hubungi kami di talian 010-6468383 atau email cocodamia@yahoo.com.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, March 22, 2014

Home-Cooked Roti Jala


Percubaan buat Roti Jala sendiri..
Walaupun teksturnya carik-carik dan tidak berjala-jala, tapi sedap dirasa. Oh masuk bakul angkat sendiri. Kalau tidak takkan both Damias bertambah-tambah makan kan. Buat sekali makan jer ni. Dapat 10 keping. Terus habis licin. Kari daging ada lagi. Agak2 tak tahu minum petang nak makan apa, beli roti gardenia, cicah je kari daging tu kan.

Tak sabar menanti kepulangan ayah Damias hari ini.

Happy weekend uolsss!

Friday, March 21, 2014

Macam mana nak diskaunkan dosa anda?

Hah! Ingat jual beli barang je ada diskaun? Dosa pun ada diskaun tau! Betapa sayangnya Allah kepada kita. Siap ada diskaun utk setiap dosa yang kita lakukan!

Setiap individu muslim yang sering muhasabah diri, pasti merasai diri menanggung banyak dosa. Mari kita perhatikan senarai amalan diskaun dosa yang Allah tawarkan kepada kita. Sebagai makluman awal, semua tawaran ini berkuatkuasa sepanjang hayat kita.

1. TAUBAT
" Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa."
(Surah Al-Zumar, ayat 53)

2. ISTIGHFAR
"Tatkala seorang hamba terlanjur berbuat dosa lalu berkata "wahai Tuhan, aku telah  melakukan suatu dosa, ampunilah dosaku." Pada saat itu Allah berfirman "hambaKu ini yakin bahawa dia ada Tuhan yang sudi mengampuninya, dalam masa sama berkuasa menghukumnya. Maka aku ampuninya."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

3. LAKUKAN KEBAIKAN SEBAGAI SUSULAN
Apa-apa sahaja amal kebaikan boleh menghapuskan dosa-dosa. "Sesungguhnya amal-amal kebaikan menghapuskan kejahatan." 
(Surah Hud, ayat 114)
"Susuli kejahatan dengan kebaikan yang menghapuskannya."
( Hadis Riwayat Ahmad)

4. BERWUDUK SEMPURNA
"Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baiknya, akan keluarlah dosa-dosanya daripada badannya hatta dari bawah kuku-kukunya."
( Hadis Riwayat Muslim)

5. LANGKAH KE MASJID
"Mahukah aku beritahu amalan yang dengannya Allah akan bersihkan dosa-dosa dan mengangkat darjat?"
"Ya Rasulullah"
"Sempurnakan wuduk, perbanyakkan langkah ke masjid."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sumber:
Diskaun Dosa,
Abdul Hakim Abdul Hadi,
Majalah Solusi,
Isu 63, m/s 32.

Thursday, March 20, 2014

Kifarah Mungkin II Tayar Pecah dan Meeting MIHAS

Hari yang sangat hectic!
Jam 8 pagi dah siap2kan both Damias ikut saya ke Office Jualan di Taman Universiti.
Sebab janji dengan client nak ambil stok Krukk Krakk jam 8:30 pagi.
Sambil tunggu Client sambil sarapan pagi.

Lepas tu jam 9 pagi patah balik ke kilang CocoDamia untuk hantar both Damias kat situ.
Minta tolong staff tengok-tengokkan dan hantar ke sekolah.
Sebab sure meeting saya habis lewat dari waktu yang sepatutnya saya hantar mereka ke sekolah.
Masa otw ke kilang tu, dah dengar bunyi seret-seret kat Tayar.
Mula2 cuak juga, lepas dah ok ignore je lah.



Sekali otw nak ke meeting di JB, saya rasa kereta saya gegar2..
Makin lama makin kuat gegarannya. Nak2 pula jalan highway Skudai-Pontian tu..
Saya ni habis kuat dah control strereng bagi balance.
Last2 rasa dah tak boleh pergi, bagi signal masuk slow-slow ke pintu belakang UTM.


Mujurlah ada 2 orang abang handsome ni datang membantu tanpa perlu disuruh.
Yang paling kelam kelibut tu, saya tak tahu kat mana TAYAR SPARE tu!!!
Cuak tak?? Giler gabra..cari sana sini, buka itu ini, tak jumpa juga tayar spare tu.
Sambil tu handphone kat telinga ni dengar ayah damia bagi direction tayar tu kat mana.
Yang best lagi tu, abang2 handsome yang tolong saya tu pun tak tahu kat mana TAYAR SPARE tu hah..
Last2 saya bagi handphone saya suruh ayah damia yang kat KL cakap sendiri ngan abang handsome tu.

Haha, baru tahu, rupanya tayar tergantung kat bawah kereta, tapi nak jatuhkan tayar tu kena buka nat dari dalam kat bonet tu. Aduss! Sabar jer lah..

Tukar tayar hanya 5 minit, cari tayar tu yang sampai 20 minit.
Memang pengalaman baru betul.

Apa2 pun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Sampai tepat waktunya meeting jam 10 pagi.

Dan saya percaya ini mungkin kifarah dosa saya.
Mana tahu bayar zakat kurang ke, bulan ni kurang sedekah ke, dan lain-lain.

Tapi Alhamdulillah, saya Redha. Sebab dari awal lagi saya set mind saya bahawa rezeki abang2 ni ada pada rezeki saya. Walaupun abang2 ni tak nak ambil token yang saya beri, saya paksa juga suruh ambil. Hihihi..


Dan Syukur juga..
Tadi baru sahaja habis meeting bersama 7 usahawan dari Johor yang lain bersama-sama pihak UPEN dan  PUJB tentang event MIHAS yang akan berlangsung tak lama lagi. CocoDamia melangkah setapak lagi ke peringkat International.

Terasa kerdilnya saya pabila CocoDamia adalah satu-satunya usahawan baru yang terpilih untuk ke MIHAS ni. Yang lain-lain produk dan usahawan nama besar dan yang dah biasa pergi MIHAS ni seperti Mak Jah Frozen, Rempah Mak Siti, Otak-otak JB, KARAZ dan lain-lain. 

Alhamdulillah, Syukur terpilih ke peringkat ini!
Semua datang daripadaNYA..
Start Small, Dream Big!
Then Allah will give you big big big rite?

"Man Jadda Wajada" 
<Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berhasil>

p/s: Tahniah juga kepada pelajar-pelajar  Pusat Bahasa Pelangi yang mengambil keputusan SPM harini. Nanti calling2 dan jumpa cikgu ya!