Friday, March 21, 2014

Macam mana nak diskaunkan dosa anda?

Hah! Ingat jual beli barang je ada diskaun? Dosa pun ada diskaun tau! Betapa sayangnya Allah kepada kita. Siap ada diskaun utk setiap dosa yang kita lakukan!

Setiap individu muslim yang sering muhasabah diri, pasti merasai diri menanggung banyak dosa. Mari kita perhatikan senarai amalan diskaun dosa yang Allah tawarkan kepada kita. Sebagai makluman awal, semua tawaran ini berkuatkuasa sepanjang hayat kita.

1. TAUBAT
" Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa."
(Surah Al-Zumar, ayat 53)

2. ISTIGHFAR
"Tatkala seorang hamba terlanjur berbuat dosa lalu berkata "wahai Tuhan, aku telah  melakukan suatu dosa, ampunilah dosaku." Pada saat itu Allah berfirman "hambaKu ini yakin bahawa dia ada Tuhan yang sudi mengampuninya, dalam masa sama berkuasa menghukumnya. Maka aku ampuninya."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

3. LAKUKAN KEBAIKAN SEBAGAI SUSULAN
Apa-apa sahaja amal kebaikan boleh menghapuskan dosa-dosa. "Sesungguhnya amal-amal kebaikan menghapuskan kejahatan." 
(Surah Hud, ayat 114)
"Susuli kejahatan dengan kebaikan yang menghapuskannya."
( Hadis Riwayat Ahmad)

4. BERWUDUK SEMPURNA
"Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baiknya, akan keluarlah dosa-dosanya daripada badannya hatta dari bawah kuku-kukunya."
( Hadis Riwayat Muslim)

5. LANGKAH KE MASJID
"Mahukah aku beritahu amalan yang dengannya Allah akan bersihkan dosa-dosa dan mengangkat darjat?"
"Ya Rasulullah"
"Sempurnakan wuduk, perbanyakkan langkah ke masjid."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sumber:
Diskaun Dosa,
Abdul Hakim Abdul Hadi,
Majalah Solusi,
Isu 63, m/s 32.

No comments:

Post a Comment