Friday, February 28, 2014

Jurong Bird Park, Singapore || Asia's Largest Bird Park

Entry kali ini memang banyak gambar.
Ceritanya sikit sahaja..
Sebab nak bagi readers semua menghayati keindahan flora dan fauna dalam gambar-gambar di bawah..

Cerita details boleh baca kat link bawah ni ya



Both Damias masa lepas naik tram mengelilingi Bird Park ni..


Aksi anak dan ayah


Dah nama pun budak2, main tu wajib


Beza 1.5 cm jer 2 beradik ni


Burung kaki seksi!


Model ke?


Ibu enterframe jugak


Ingat ke ni burung mainan tau...sekali...huaa...betul punya..
Sebab mata dia kelip-kelip...pastu kepala gerak2..


Saja mengusik burung tu


Candid Moment


Burung unta lah..
Telur bukan main besar


Tekan jika nak tahu bunyi burung unta tu macam mana..


Naik tram sampai 2 kali


Ni apa? Biawak ke?


Kat pintu masuk air terjun


Rehat jap


Education


Air terjun!


Cantik2 burung kat kawasan air terjun ni..
Ada sebatang jambatan kat situ..


Jinak!


Perhati!


Happy moment!


Masuk rumah penguin pula


Seronok tgk aksi-aksi penguin ni..


Info


Owhh, baru tahu rupa2nya ais ni tempat penguin poo-poo dan pee-pee


Berebut nak minum jus dalam bekas panjang tu hah..
SGD6.90..ok lah sampai sekarang bekas air tu both damias guna buat minum air kat rumah..


Tunggu Bird Show


Hampir sama jer dengan mana2 bird show yang ada kat Malaysia..


Aksi penonton


Memang gojess burung kaki seksi ni..


Penguin diberi makanan..

Ada banyak lagi gambar2 lain..
Cukup sekadar gambar2 ni dulu lah ya..:)
Terima kasih kerana sudi menghayati gambar-gambar kami..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Menang Ipad Mini dari OLDTOWN White Coffee Malaysia


Alhamdulillah..
Walaupun sekarang momentum untuk join contest kejap ada kejap tak ada..
Tapi Allah masih bagi rezeki kemenangan untuk saya..

Ya lah, hobi tetap hobi kan..
Nak-nak pula kalau contest tu jenis yang suruh submit gambar atau bercerita, memang membuak-buak kononnya nak join. Tapi kadang-kadang akur dengan kekangan masa, so last2 tak join. Ada tu join pun dah nak duedate. Contohnya macam contest OLDTOWN ni lah. Dah lah last minute, sekali dapat email daripada pihak OLDTOWN yang tak dapat view gambar pula. Jenuhlah reedit, resize dan recrop gambar tu agar ngam-ngam masuk dalam Frame yang disediakan. Kena fikir slogan lagi sebab pemenang berdasarkan gambar dan slogan terbaik. Tapi betullah Janji Allah, setiap dugaan tu akan disulami dengan kemanisan. Yang penting kita usaha ya tak. Siapa kata join contest tak payah usaha? Hanya yang tahu sahaja faham apa maksud usaha disitu.



Pengumuman Rasmi pemenang dari pihak OLDTOWN.
Tu gambar pemenang Grand Prize.
Sweetkan slogan dia.


Kalau menang Grand Prize RM8,888 + MacBook siapa tak suka kan.
Tapi kalau dah rezeki menang Ipad Mini pun dah bersyukur sangat.
Sebab Pemenang hanya nak 5 orang sahaja.
Sedangkan yang join contest ni boleh tahan ramai.
Kebanyakannya chinese lah sebab contest ni bersempena dengan Chinese New Year dan maksud Reunion bagi mereka. Terselit nama saya dalam kalangan mereka pun dah bersyukur.



Ni lah aksi-aksi kami semasa dinner kat OLDTOWN..
Sebenarnya nak suruh ayah damia join sekali dalam gambar ni..
Alahai, waiters kat OLDTOWN cakap tak pandai snap guna DSLR lah pulak.
Tapi gambar kat Iphone ada kami berempat..^_^



Semoga kami akan sentiasa REUNION, REUNION, REUNION walaupun anak-anak dah besar nanti.
Kerana inilah masa untuk mengingati, masa untuk merai, masa untuk berkongsi dan masa untuk memori.

Terima Kasih Ya ALLAH.

P/S: Ada sesiapa nak beli Ipad Mini? Last time dah jual Ipad Mini kat Naa Mamaiqy. Insyallah, harga dan services Tip Top...:-))


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, February 27, 2014

Cocodamia masuk paper Sinar Harian Edisi Kelate weiiii!


Hommmm, kene kecek kelate selaluh!
CocoDamia ado dok di kelate.
Sempeno "Kelantan International Halal Food Expo 2014".

Tapi gak stokis kelate lah yang jago. Event kalini Kami HQ tok leh turun kelate mugo kekangan maso sangat-sangat! Tak po lah, ore ramai gi booth nok beli cokelat CocoDamia deh, buke nyo nok jupo kami. Hiksss..

Faham ke tak faham tu? Hihi...


Ni gambar dalam Sinar Harian edisi Kelantan semalam (26hb Feb 2014). Thanks kepada adik yang whatappskan gambar ni kat kami! 

Meriahnya suasana kat Event tu kan..
Booth masing-masing penuh dengan para pelanggan..
Eh ada gambar Aleesya dan Ayyunie lah..
Nampak tak?

Antara ayat yang ditulis oleh wartawan:
"Pengungjung melihat dan mencuba produk kesihatan untuk kanak-kanak yang dijual"


Zoom in sikit! Adik Ain Team CocoDamia di Kelantan sedang memberi kepada para pelanggan mencuba tester.


Jadi kepada warga Kelantan khususnya, apa lagi? Pakat ramai-ramai gi deh! Macam-macam ado deknu! Event start dari 25hb aritu lagi eh! Ni tinggal baki 2 hari lagi ado. Cepat-cepatlah gi deh! Ado promosi tuh hok nok beli CocoDamia! 


Kepada yang tak leh gi ke event ni, jangan sedih. Sekarang ada promosi utk pembelian online dan walk in ke pejabat jualan kami. Beli 3 kotak, PERCUMA buku mini MMR dan PERCUMA postage juga. Ramai yang minta lanjutkan promosi aritu sebab baru lepas dapat BRIM dan Gaji. Alhamdulillah, labur duit beberapa percent utk anak-anak banyak ganjarannya kan.

Orait! Sebarang pertanyaan atau ketidakpastian, bolehlah sms/call 010 646 8383 atau pm fanpages kami: Coklat IQ atau email pun boleh ke cocodamia@yahoo.com.

Mekasih semua! Sayang pelanggan2 saya serta team cocodamia dan para stokis dan pengedar yang turut serta mempromosikan CocoDamia!

Percayalah..
CocoDamia..
Bukan sekadar coklat biasa..

Wednesday, February 26, 2014

Flower ring handsock || Aurat belakang telapak tangan wanita


Adakah bahagian belakang telapak tangan merupakan aurat wanita?
Sedangkan kita tahu aurat wanita adalah seluruh badannya, kecuali muka dan kedua belah telapak tangan.

Asma' Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah SAW " Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali PERGELANGAN TANGAN dan wajah sahaja". 
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

Maksudnya belakang telapak tangan masih boleh terbuka lah kan!

Cantikkan Flower Ring handsock ni! 
Selesa, tidak ketat dan sekuntum bunga kecil dijari manis menampakkan lagi serinya.
Hajat dihati nak tambah koleksi lagi! Aaaamiiinn..

p/s: Saya yang masih belum sempurna, tapi cuba sedikit-dikit berubah untuk sempuna pada mata Yang Maha Esa..

p/s: Tuannya malu nak selfie, tangan pun boleh lah selfie ya!


Cendawan tiram tak muncul-muncul..


Sedihnya.
Cendawan oh cendawan
Bila engkau nak tumbuh ni?


Dah 26 hari beli masa kat Bangi Gateway lepas, tapi engkau masih tak nak muncul-muncul..
Hari-hari tau dok belek tengok kot-kot adalah sedikit percambahan ke tidak..
Langsung tak ada!


Staff saya punya bongkah cendawan last week dah tumbuh cendawannya.
Beli hari yang sama dengan saya beli..
Kot sesiapa yang ada idea macam mana nak bagi tumbuh cendawan yang tak kunjung tiba ni..


Masa mula2 beli tu, saya dah korek yang kulat2 tu, then tutup dengan stopper 5 hari..
Lepas tu simpan atas peti sejuk je..
Malas lah nak tutup dengan kain lembap dan simpan tempat gelap..

So tadi ada one of my student suggest da;am IG supaya simpan dalam tempat gelap dulu..
Sebab bongkah ni memang sensitif dengan cahaya..
Ada lagi sorang kawan kat FB sugget supaya korek semula yang kulat2 tu..
Tutup dengan stopper lagi dalam 3 hari dan tgk hasilnya..

Oraitt, saya akan try..
Semoga cendawan saya beranak-pinak dengan  meriahnya..
Jangan cepat monopous ya!


Tuesday, February 25, 2014

Jangan berkecil hati jika si ayah atau si suami menolak masuk salah seorang jiran perempuan kita..


Buku: Rumah Muslim-40 nasihat dengan panduan Al-Quran dan Sunnah

Mukasurat: 46

Terbitan: Dakwah Corner Publication

P/s: Zaman sekarang jarangkan jiran-jiran datang bertandang kerumah kita kecuali dengan jemputan makan-makan, ada kenduri atau kelahiran mahupun kematian. Apa2 pun semoga kita terhindar daripada pandangan tidak elok dan fitnah oleh mereka2 diluar sana. Aaaamiiinn...

Sunday, February 23, 2014

ZAWARA.... It's Finally Mine!


Alhamdulillah.. Dah puas mencari saiz yang sesuai. Finally jumpa juga harini..

Dari kat KL lagi berkenan nak beli tapi saiz tak ada, kemudian gi cari pula kat Authorised Dealer di Bangi Gateway pun sama saiz tak ada, finally harini singgah kejap kat Zawara JB sambil makan tengahari kat Nasi padang Uda Business Centre, Alhamdulillah, rezeki saya ada saiz yang saya nak walaupun warna yang saya berkenan tu tak ada saiz. Hijau ni pun ok jugak kan..:)

Susah betul nak cari saiz ikut ketinggian saya 171cm tanpa heels ni dan juga kerangka badan yang agak besar ni. Kalau nak saiz ngam ngam tu memang ada, tapi saya lebih selesa besar 1 -2 saiz lagi. Syukur... Lepas ni dah tak yah mimipi-mimpi Alicia lagi..:-)).

P/s: Settled 5 urusan saya di 5 agensi yang berlainan harini. Dari pejabat MyiPO, FAMA, Nutrition Lab, Pejabat Daerah Johor Bharu dan Pej Pos Larkin. Kena siapkan kerja cepat-cepat sebelum big boss pergi kursus di Port Dickson selama seminggu.

Friday, February 21, 2014

Resepi Roti Sosej Cheezy paling paling paling mudah!


Salam Jumaat yang Barakah..
Mulakan sarapan dengan Coklat IQ CocoDamia.. Ada kismis, kurma dan lubanah untuk kuatkan ingatan. Ada emping jagung, oat dan bijirin untuk tenaga tubuh badan dan ada juga madu serta badam dalam Coklat IQ untuk kesihatan.

Kemudian barulah sambung sarapan dengan roti sosej cheezy untuk menambahkan protein dan karbohidrat.

Ni resepi paling paling paling mudah ya. Malas pun boleh buat, sibuk pun boleh buat, sambil buat kerja pun boleh buat.

Caranya gelekkan sekeping roti dengan penggelek, masukkan sekeping cheese, letakkan sebatang sosej, gulung-gulung sehingga kemas dan celupkan dalam telur. Goreng dengan api sederhana panas dan nampak cheese meleleh kat hujung roti, angkat!

Hidangkan bersama sos tomato, sos cili dan sos lada hitam. Marvelous!!!!

Mudahnya nak makan kan.. Hikss..

P/s: Patutlah pagi2 lagi ramai yang pm dah bank in duit harini. Rupa2nya promo beli 3 percuma 1 percuma postage akan berakhir jam 12 tengahari ni. Jom pm kami siapa2 yang nak beli lagi! Terima kasih Ya Allah..


Thursday, February 20, 2014

Beli 3 Kotak CocoDamia, Percuma 1 Kotak Percuma lagi Postage!!!




{PROMOSI BELI 3 PERCUMA 1 DAN PERCUMA POSTAGE}

************************************************************************************************

Wahhhh!!!!!
COCODAMIA buat promosi lah..
BELI 3 kotak, PERCUMA 1 kotak.
Bukan itu sahaja, malah PERCUMA POSTAGE lagi!
Ini memang betul-betul jimat!

************************************************************************************************

Berapa harga tu?
Untuk 3 kotak + percuma 1 kotak + percuma postage anda hanya perlu bayar
RM147 sahaja. 

************************************************************************************************

Dan berapa yang jimat?
Anda jimat RM 49 + RM 15 untuk postage!
Wahhhhh!!! Maksudnya anda betul-betul
jimat RM 64 tau!Dah boleh beli macam-macam tu!

************************************************************************************************

Apa pula kebaikan Coklat IQ-CocoDamia ni?
Paling penting ia bagus untuk FOKUS, HAFALAN dan juga DAYA INGATAN! Tak percaya? Boleh google apa kebaikan LUBANAH!

***********************************************************************************************

Macam mana nak layak beli PROMOSI BELI 3 PERCUMA 1 ni?

Mudah sahaja, anda hanya perlu pm fanpages kami: Coklat IQ.
https://www.facebook.com/KokoDamia

Dan seterusnya staff kami yang akan melayan pembelian anda dari mula sehingga sampai ke depan pintu rumah!

************************************************************************************************************************************************************************************************

JADI APA TUNGGU LAGI?
PROMOSI SAKAN NI!
TAK PERNAH COCODAMIA BUAT PROMOSI MACAM NI!
JOM-JOM BELI!
INGAT HANYA PEMBELIAN MELALUI PM FANPAGES COKLAT IQ SAHAJA YANG SAH!

PROMOSI AKAN BERAKHIR PADA 21HB FEBRUARI JAM 12 TENGAHARI.


Alhamdulillah..setelah 3 hari Promo beli 3 percuma 1 percuma postage ini dijalanakan...
ia mendapat sambutan ramai walaupun ada yang minta extend promosi sampai tarikh gaji.. Hihi

Yang telah buat bayaran kelmarin, semalam dan sehingga jam 2 petang ini, coklat IQ anda akan dipos harini juga.

Manakala yang buat bayaran
lepas jam 2 petang hingga 12 tengahari esok, parcel akan dipos pada hari ahad ya memandangkan JB cuti hari jumaat.

Sesungguhnya ucapan
terima kasih diucapkan kepada pelanggan2 baru kami serta pelanggan2 berterusan kami. Dari kenalan dan kini jadi pelanggan! Semoga Allah menbalas jasa baik anda utk sama2 membantu jihad ekonomi produk islam!

Sebarang pertanyaan sila hubungi 010 646 8383 ya! 
Atau boleh juga terus pm kami!

Jimat RM64 tau!



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::