Friday, February 28, 2014

Menang Ipad Mini dari OLDTOWN White Coffee Malaysia


Alhamdulillah..
Walaupun sekarang momentum untuk join contest kejap ada kejap tak ada..
Tapi Allah masih bagi rezeki kemenangan untuk saya..

Ya lah, hobi tetap hobi kan..
Nak-nak pula kalau contest tu jenis yang suruh submit gambar atau bercerita, memang membuak-buak kononnya nak join. Tapi kadang-kadang akur dengan kekangan masa, so last2 tak join. Ada tu join pun dah nak duedate. Contohnya macam contest OLDTOWN ni lah. Dah lah last minute, sekali dapat email daripada pihak OLDTOWN yang tak dapat view gambar pula. Jenuhlah reedit, resize dan recrop gambar tu agar ngam-ngam masuk dalam Frame yang disediakan. Kena fikir slogan lagi sebab pemenang berdasarkan gambar dan slogan terbaik. Tapi betullah Janji Allah, setiap dugaan tu akan disulami dengan kemanisan. Yang penting kita usaha ya tak. Siapa kata join contest tak payah usaha? Hanya yang tahu sahaja faham apa maksud usaha disitu.



Pengumuman Rasmi pemenang dari pihak OLDTOWN.
Tu gambar pemenang Grand Prize.
Sweetkan slogan dia.


Kalau menang Grand Prize RM8,888 + MacBook siapa tak suka kan.
Tapi kalau dah rezeki menang Ipad Mini pun dah bersyukur sangat.
Sebab Pemenang hanya nak 5 orang sahaja.
Sedangkan yang join contest ni boleh tahan ramai.
Kebanyakannya chinese lah sebab contest ni bersempena dengan Chinese New Year dan maksud Reunion bagi mereka. Terselit nama saya dalam kalangan mereka pun dah bersyukur.



Ni lah aksi-aksi kami semasa dinner kat OLDTOWN..
Sebenarnya nak suruh ayah damia join sekali dalam gambar ni..
Alahai, waiters kat OLDTOWN cakap tak pandai snap guna DSLR lah pulak.
Tapi gambar kat Iphone ada kami berempat..^_^



Semoga kami akan sentiasa REUNION, REUNION, REUNION walaupun anak-anak dah besar nanti.
Kerana inilah masa untuk mengingati, masa untuk merai, masa untuk berkongsi dan masa untuk memori.

Terima Kasih Ya ALLAH.

P/S: Ada sesiapa nak beli Ipad Mini? Last time dah jual Ipad Mini kat Naa Mamaiqy. Insyallah, harga dan services Tip Top...:-))


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment