Thursday, January 9, 2014

Naik bot round-round di Shah Alam


Di kesempatan semasa team CocoDamia ada karnival di " Halal Fest 2013 Selangor" penghujung bulan Disember yang lepas, sempat saya dan suami membawa anak-anak beriadah dan juga menikmati keindahan kawasan Rekreasi Shah Alam. Selalunya kalau saya ke Shah Alam, mesti tak lepaskan peluang utk shopping kat Seksyen 7 kan, kalini pergi seksyen 7 kat Restoran Upin Ipin je. Selainnya bawa anak2 beriadah.

Sampai pun dah jam 6 petang. Bukan ramai lagi orang kat sini. Ada yang main kayak, ada yang main boat itik, dan ada juga yang saja-saja duduk2 ambil angin disitu. Memandangkan kami 4 beranak, hanya naik boat besar ini sahaja yang sesuai. Yang lain2 kena naik 2-3 orang sahaja. Ok jugak naik boat besar kan, tak payah susah-susah kayuh..hikss..kata nak beriadah sambil menenangkan fikiran.



See, teruja kan kami. Nasib baik ayah damia sporting nak ber"selfie" bersama family.....kalau tidak jangan harap laaa..Yang paling excited adalah both Damias lah kan..


Kami yang tengah tunggu customer lain naik bot sama2..
Penuh juga orang bot yang kami naik haritu.


Haha, kami yang seronok ber"selfie". Tq ayah yang sudi layan kerenah kami...hikss.


Yeahhhh, pelayaran dah bermula..
Mula2 sekali kami akan nampak hutan mini.


Lepas tu kami lalu belakang Wet World Shah Alam pula..
Nampak ada ramai org yang main slide masa tu..


Ni galeri kat Shah Alam..
Nampak tak khemah putih2 tu?
Masa ni ada majlis perkahwinan. 


Lepas tu lalu bawah jambatan pula..
Punyalah ramai anak-anak kecil kat sini masa tu..
Menjerit2 budak2 tu melambai-lambaikan tangan kepada kami..hikss.


Jauh juga ya boat ni berlayar..
Dah nak sampai Masjid Shah Alam dah ni..:)


Restoran Nelayan terapung di Shah Alam..
Boleh tahan ramai juga orang masa ni...


Ni ada jeti ke hutan mini yang lain pula..
Nampak ada burung2 putih, angsa dan flamingo kat area sini..


Lepas sampai kat area Restoran Terapung tu, boat ni akan patah balik. So akan kembali ke jeti yang mula2 kita naik boat ni tadi..Pelayaran lebih kurang 25-30 minit. 


Opsss menyelit sikit gambar team CocoDamia berlatar belakangkan Masjid Shah Alam..
Muka fresh dari hotel ni...pagi2 lagi dah bergambar..


Jujurnya saya dah ayah damia asyik bercakap2 sahaja pasal bestnya dan lainnya kami di event ni. Sebabnya setiap kali masuk waktu solat dan dengar laungan azan, berpusu-pusu kita solat berjemaah. Teringat kenangan manis 2013 kami di Mekah dan Madinah. Lagipun betul-betul keluar sahaja pintu belakang masjid Shah Alam ni, ramai penjaja asal berniaga di kaki lima. Time solat, masing2 hanya menutup dengan kain sahaja. Ya Allah, betul2 rindukan suasana DISANA. 
YA ALLAH, IZINKAN KAMI SEKELUARGA MENJADI TETAMU AGUNG-MU LAGI
TERIMA KASIH YA ALLAH..












No comments:

Post a Comment