Friday, October 11, 2013

Mengasah bakat terpendam yang dah berkarat.

Setiap kali menjelang musim peperiksaan anak-anak, saya sebagai ibu pasti cuba luangkan masa utk sama-sama buat soalan revision bersama both Damias. Time ni juga bakat melukis saya akan terserlah walaupun kadang2 hasil lukisannya so-so sahaja. Hihi..

Sesibuk mana pun, saya tetap cuba luangkan masa walaupun sekejap bersama anak2 utk buat revision. Sebab saya tak nak menyesal kemudian hari masa anak2 saya berlalu macam tu sahaja tanpa pemantauan daripada saya. At least saya tahu setakat mana kemampuan anak2 saya dan bentuk soalan yang bakal keluar dalam exam.


Ni saya buat soalan revision utk Ayyunie petang semalam. Ok lah kan hasil lukisannya. Btw saya memang minat melukis dulu2. Tapi dah berkarat skillnya..:). Eh SPM pula saya tak amik subjek lukisan. So memang bakat terpendam drp Allah ni. Hihi.. Bolehlah buat ajar anak2..


Ni pula soalan revision utk Aleesya. Janji faham apa yang ibu lukis, insyallah bolehlah dia jawab soalan2 yg saya buat.


Tapiiiiiii....tapikan tapikan, kalau time saya sibuk, time saya ada jer kerja nak buat, dan time tu pulak dan dan both Damias rajin suruh saya buat soalan revisions, hah ni lah hasilnya!!! Orang lidi pun orang lidilah anak2.. Janji wording tu faham.

Ibu Doakan semoga Damia Aleesya dan Damia Ayyunie dapat jawab soalan exam dengan tenang dan tak careless ya. Baca doa dulu. Jangan cepat2. Semak sebelum hantar ya. 1 paper BM done yesterday! 5 papers more. Yang peliknya exqm diaorg kalini siap sambung lepas Raya Haji lagi papernya. Sabo jer lah.

P/s: Alamak, majlis Konvokesyen Aleesya bertindih pula dengan tarikh event besar MICCOS di Maeps. Duss!!!


No comments:

Post a Comment