Friday, October 11, 2013

Masin mulut ibu nak bawa Aleesya pergi Kidzania!!!


Baru jer collect tiket ni kat pos office kejap tadi. Org lain dah dapat hari selasa dan rabu lepas. Tapi disebabkan saya guna alamat rumah dan tak ada org pula nak collect, makanya tunggu lah saya ada masa nak mengambilnya di pos office ya sebab ni guna surat berdaftar. Nasib baik dekat jer kat Taman U ni amik.


Mungkin dah ketentuan Illahi, Allah bagi saya menang tiket ke kidzania. Walhal kalau menang ke Disneyland USA, sure lompat2 bintang punya kan. Hihi.. Tak pe setiap yg berlaku kan ada hikmahnya.

Al-kisahnya, masa hari ahad lepas kan saya kat Karnival "Satu Daerah Satu Industri".. Pastu borak2 ngan Aleesya nanti lepas exam nak gi mana? Kebetulan pula hari last exam tu jatuh hari Birthday Aleesya.. Aleesya cakap nak gi USS.. Saya cakap kan baru pergi, tahun depan lah gi USS lagi. Ntah cam mana terpacul mulut saya cakap nak bawa Aleesya gi Kidzania lah. 

Lepas tu Aleesya pun tanya Kidzania tu apa? Saya pun google lah gambar2 dan sambil tunjuk gambar saya terangkan Kidzania ada apa. Nampak seronoklah Aleesya kan.

Sekali Isnin tengahari keesokannya ada kawan tag saya menang contest Oreo ni. Menang tiket Kidzania pula tu. Memang dah ditakdirkan apa yg kami borak2 malam tu dah jadi kenyataan. Patutnya cakap lepas exam nak bawa Aleesya gi USA ya tak? Baru menang hadiah Grand Prize.. Haha.. Apa2 pun syukur setakat mana yang Allah nak bagi rezeki kepada kita. Hak DIA kan..

Yang tak bestnya tarikh duedate tiket ni bukan main cepat lagi ya! Harap sempat lah guna voucher ni sebab memang berhajat nak bawa both Damias ke Kidzania.

P/s: 8 tiket voucher Animal Safari dan Cowboy Town A Famosa Melaka burn cam tu sahaja sebab kekangan masa walaupun expired date yang diberi hampir 8 bulan. Voucher dinner dan spa 60 minit utk 2 org di Berjaya Times Square pun burn cam tu sahaja (valid 3 months) walaupun selalu naik KL, tapi banyak kerja yang perlu diselesaikan. So harapanya kalini tak burn lah ya walaupun tarikh due date nya cepat betul.

P/s: Ramai kawan2 comper menang berjemaah ke Kidzania. Tahniah Uolsss.. Yang menang Grand Prize tu pun kawan comper dan pernah tanya permohonan nak jadi pengedar CocoDamia..:)


No comments:

Post a Comment