Wednesday, October 16, 2013

Masak, masak dan masak lagi sempena Aidiladha 2013

Salam Aidiladha untuk semua muslimin dan muslimat. Tidak kira dimana dan macam mana sekalipun kita menyambutnya, yang penting penuh dengan kesyukuran dalam kesederhanaan.

Cuti-cuti di Melaka dan Kuala Lumpur menyebabkan kami sekeluarga tiba di jB malam raya tepat jam 10:30 malam. Bertolah dari Putrajaya hari yg sama jam 7 malam selepas berjumpa dengan blogger Fiza Naman utk mengambil barang yang dikirim beli berbulan lamanya..:)

Sampai2 jer di JB, singgah di pasar mini utk membeli keperluan masak rendang dan juga kuah kacang. Ketupat daun palas dan ketupat tradisional alhamdulillah otw ke KidZania nampak ramai penjual menjual termasuk lemang di tepi jalan. Apa lagi borong siap2 utk santapan di hari Aidiladha semalam. Tepat jam 12:15 pagi baru siap masak semuanya. Walaupun mata penat, tapi gigihkan jua masak dan terus masak.


Di pagi Aidiladha semalam. Saya merasmikan selendang yang saya beli Di Mekah tempohari. Dengan sehelai Jubah ulang tayang yang saya beli di Mekah jua. Ambil berkat dari SANA harapannya semoga saya dapat menjejakkan kai lagi ke SANA.


Kami sekeluarga memang dah biasa Raya Korban di JB. So masjid yang memang kami akan sentiasa kunjungi tak kira bila sekali pun adalah Masjid Jamek Taman Universiti. 


Alhamdulillah, semalam kami ke Masjid awal iaitu jam 7:35 pagi. Parking pun banyak lagi kosong di dalam dan  ruang solat pun masih banyak dihadapan. Walaupun malam raya tu tidur jam 3 pagi, namun tetap bersemangat bangun awal pagi.


Balik jer dari Masjid, terus makan. Dan inilah santapan ringkas daripada kami sekeluarga.


Tengahari pula saya masak sambal udang utk BIL saya yahg turut sama beraya di rumah saya. Kesian dia first time beraya di Perantauan. 


Lepas tu petang saya masak "Longan Carrageena Pudding" utk santapan petang di hari raya. Wahhh laku ya pudding ni kat rumah saya..:)


Walaupun tahun ini ayah damia melaksanakan ibadah korban di kelantan, namun kami tidak balik ke kampung. Ya lah harini kan dah mula bekerja macam biasa. Tapi Allah bagi juga kami rasa daging Korban. Terima kasih hamba Allah yang bagi kami daging Korban ni. Bukan jiran, bukan kenalan yang bagi kat kami. Tapi saya pernah beberapa kali berurusan dengan beliau berkaitan katering..:). Kat jam 6 petang beliau bagi kat kami. Apa lagi bagai mengantuk disorong bantal, terus saya buat persediaan utk makan malam.


Saya perap kejap dan buat daging bakar.


Lepas tu goreng basah2 pula daging tu.


Dan dimakan bersama budu dengan nasi panas-panas. Ya Allah, memang masing berselera makan. Ya lah dah seharian pekena rendang ayam dan sambal kacang kan.


Yanv paling penting tektur dan rasa daging fresh ni sangatlah sempurna. Terima Kasih Ya Allah atas rezekiMu melalui hamba Allah ini. Merasa juga kami daging Korban. Alhamdulillah. 

Dan begitulah cerita AidilAdha kami tahun ini. Sambil beraya sempat jua meluangkan masa bersama both Damias buat ulangkaji pelajaran. Ya lah diaorg tgh final exam minggu ni. Isnin haritu ponteng exam matematik. So postponed ke harini atau esok rasanya. Semoga Both damias bersemangat baru utk menjawab final exam nanti setelah 3 hari cuti2.

P/S: Malam tadi,kami dah nak masuk tidur dah, alih2 my ex-student call nak bagi daging Korban katanya. Otw dari kampung terus singgah rumah saya bagi daging korban. Terima kasih Afiq. Terima Kasih Ya Allah. Semoga Aidiladha tahun ini dan tahun2 akan datang mengajar kita erti Wasatiah dan bersyukur dengan penuh kenikmatan. Amin amin..










No comments:

Post a Comment