Thursday, October 17, 2013

3D || Cloudy with a chance of meatballs 2

Dikesempatan cuti-cuti di Kuala Lumpur ahad lepas, sempat lagi kami sekeluarga tgk movie di KLCC. Jalan kaki dari hotel ke KLCC. Nasib baik tak semput. Around 15 minit juga jalan kaki.

Sampai2 jer KLCC, terjumpa beberapa org yg familiar. Ada tu terjumpa comper, tapi teragak2 saya nak tegur sebab takut salah orang. Masa beratut nak beli tiket movie, Que Haidar dan kawan2nya tgh beli tiket kat depan. Lepas habis tgk movie, terjumpa pulak pelakon veteran dalam filem "Adik manja return" tu dengan anak2nya may be. Siapa erkk namanya, Dharma tak silap.. Ingat2 lupa.. Hihi


Filem yang menjadi pilihan kami. Kami tgk dalam versi 3D. Both Damias pun teruja juga tgk kartun warna warni ni..


Oh ya Uncle both Damias pula tgk filem Gravity. Org tak ada anak, mana nak layan citer kartun macam kami kan.. Hik hik. Total bayaran 2 dewasa dan 2 kanak2 tgk movie ni dalam 3D adalah RM72. 


Bayaran tu termasuklah harga 4 cermin mata ni. Puas hati sebab citer ni sangat best! Saya bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang. Cerita mudah difaham, gambar2 semua cantik dan colourful dan Aleesya cakap macam nak ambil semua makanan dalam cermin mata 3D tu. All looks alive!


Dapat juga buku aktiviti ni. Ada colouring, puzzle dan macam2 aktiviti dalam buku ni.


Ni sinopsis cerita ni. Kisah seorang saintis muda yang telah diperalatkan oleh seorang saintis pujaannya utk kepentingan dirinya sendiri. Dan saya paling teruja melihat gambar-gambar "food-animals" dalam pulaunya tersendiri. 

Nak tengok best ke tak filem ni, tgk trailer filem ni kat YouTube dulu. Memang best. Sesuai sangat bawa anak2 menonton Filem ni.



No comments:

Post a Comment