Tuesday, September 10, 2013

Pandai pulak awak buat suprised kat kita kan!

Sila baca tajuk entry di atas dengan nada suara Yana Samsuddin ya...:)


Dah agak, mesti ada suprised..
Sama macam suprised2 yang tahun2 lepas..
Cuma kali ni terkejut sebab bukan main besar lagi ya Bunga tu..

Saya dapat agak sebab harini kejap2 ayah damia whatapps tanya saya kat mana, kejap2 call saya tanya kat mana, kejap2 nanti whatapps lagi suruh saya balik kilang CocoDamia cepat sebab ada org nak jumpa lah. Tapi disebabkan masing2 sibuk dengan tugasan masing2 di office yang berlainan, so saya tak fikir sangat apa suprisednya...hihi.

Tersergam indah sejambak bunga yang sekembang taman ni dalam pasunya. Menghiasi pula meja office saya. Memang sangat cantik. Terima kasih abang kerana hadiah ini. Walaupun bunganya mati bukan bunga hidup, namun kasih sayang kita tetap utuh macam bunga plastik ni kan sehingga ke Syurga nanti...Aminn..


Sedondon pula tu hah bunga dengan baju saya harini..
Ada pinky2, ada merah2, ada kuning2..
Instinct kita sangat kuatkan bang..
Ya lah, sayang kan sebahagian daripada tulang rusuk abang..hihi..
Ketinggian bunga yang separuh dari ketinggian saya ni akan saya pandang dengan penuh kasih sayang..

Opsss, boleh pulak tu hah staff lelaki saya nampak bunga ni atas meja siap cakap
"Nanti kalau ada karnival ke pameran lagi, boleh pinjam bunga ni bawa letak kat booth"
Hahaha, sabo jer lah..


Ni pulak komen dari ex-roomate saya..
Haha...dia pun tahu yg Ayah damia ni memang nampak diam jer orgnya..tapi bab buat suprised atau kenakan orang, boleh tahan juga tau..hihi..
Kenangan dulu2 masa zaman belajar kat UTM.Siap upah driver lagi amik saya kat Kolej sebab nak buat suprised gi dinner. Saya ada 3 ex-roomates sepanjang belajar Degree dulu...so rasanya ex-roomates saya pun memang tahu setiap kali tiba hari istimewa, pasti ada sesuatu yang lain dari yang lain. 

Alhamdulillah, saya bercinta dengan ayah damia dari zaman degree lagi masa tahun 1, lepas tu cinta kami sambung ke peringkat master pula 1 tahun setengah, dan finally kini Jodoh kami lagi kuat dengan ikatan perkahwinan yang masuk 9 tahun hari ini.
Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau kurniakan Jodoh yang hebat ini buat diriku.



Dan jujurnya harini saya dan ayah damia memang sama-sama sibuk. Tak jumpa pun lagi harini since pagi. Awal2 pagi ayah damia dah keluar pergi JPJ dulu katanya. Saya sibuk di Office kilang, ayah damia sibuk di office tuisyen utk kaji dan cari soalan2 utk pelajar2 UPSR malam nanti. Semalam kan staff Cocodamia semua cuti. So boleh bayangkan tak harini masuk office semua kelam kelibut menyiapkan tugasan production dan packaging masing-masing. Stok tinggal 12 kotak (updated!!! dah habis pun) sahaja lagi kerana penangan di Karnival Biotek yang habis licin. Walhal stokis/ pengedar dan customer yang dah buat payment 180 kotak. Insyallah, mereka akan faham. Jadi marilah kita bekerja keras dan sambung OT lagi ya di hari Anniversary saya yang penuh bermakna ini. Alhamdulillah...kalau kita niat selalu utk kongsikan rezeki bersama mereka2 diluar sana, Allah akan permudahkan lagi rezeki kita. Jom sama-sama menambah nilai kepada orang lain. Besar Ganjarannya!!!

Akhir kata dari saya (macam ucapan sudah), walaupun kami tak ada makan2 anniversary harini, walaupun tak ada hadiah2 Anniversary yang mahal (huaaa, saya tak beli apa2 pun lagi utk ayah damia) hari ini, walaupun tak ada photoshoot gambar berdua best2 hari ini, walaupun tak ada kek anniversary yang come lote hari ini, namun saya bersyukur dengan ADANYA doa-doa yang kawan-kawan kirimkan dalam FB, INSTAGRAM dan BLOG ini, saya berasa sangat dihargai. Semoga Allah berkati kalian semua. 

Dah dah jom sambung kerja, opsss..nak amik both Damias balik sekolah dulu.


Ada yang tanya, tahun ni tak buat kek macam tahun lepas ke??
Hihihi...selagi ahli bilangan keluarga tak bertambah, cam mana nak buat kek baru kan...kikiki..
Kenangan Anniversary yang cukup manis tahun lepas boleh baca di link bawah..

Terima kasih sudi singgah blog saya ini..

p/s: Terima kasih kepada pakcik Handsome yang hantar bunga kembang setaman tu ke office saya!!!

No comments:

Post a Comment