Thursday, July 18, 2013

Super Cowboy Shopping Gateaway

Mula-mula sampai sahaja di sini, terus terpacul di mulut saya "wahhhh besarnya!!!"

Ahad lepas sebelum kami iftar di Benafe Village, kami ke Super Cowboy ni yang terletak di Kulai. Memang dah lama nak ke sini, dari sehari ke sehari, last2 berkesempatan juga bawa mak dan sepupu serta keluarga kecil saya ke sini.

Saya tahu tentang Super Cowboy ni pun sebab salah seorang pelajar SPM saya yang bagitau. Saya tanya dia apa yang specialnya kat sini, katanya "apa yang ada kat satu Langkawi tu, semuanya ada kat sini"...wahhh ini betul2 membuatkan saya teruja!!!

Tak susah nak ke sini, Super Cowboy ni terletak dalam Kulai Centre Point. Lagi senang keyword dia adalah sebelah stesen keretapi Kulai. Alang2 dah sampai situ, sempat lagi tu beli tiket keretapi utk mak dan sepupu utk balik ke Kelantan keesokan harinya.



Bangunan ni memang betul2 besar. Ada 3 tingkat. Macam-macam ada weiiiiii!!!!
Rasanya kami semua tak sempat pun nak jelajah setiap ceruk kat dalam Super Cowboy ni..
Ni bahagian bawah sekali. Terdapat banyak barangan runcit kegunaan harian.
Harga memang murah berbanding di luar. Kalau beli borong/ katon, lagi berbaloi2 jimatnya.


Datang sini jangan lupa amik trolley di luar ya.
Sebab kengkonon macam nak beli sikit2 jer..
Sekali hambik!!! Penuh satu trolley...hihi
Bahagian Jajan ni sangat sesuai kalau nak beli barangan buat birthday party anak kan..


Ayah damia siap tanya lagi.."ni barangan original atau fake?"..sebab banyak sangat stoknya..harga pun boleh tahan murah...lepas tanya salah sorang kat staff situ, jawabnya memang original lah dari kilang. Oic...patutlah banyak barangan berjenama pun ada dalam Super Cowboy ni..


Ni bahagian tingkat 2..
Banyak barangan macam kedai-kedai pengantin tu..
Banyak jua barangan mandian di sini..
Lepas ni tak yah gi jauh2 air hitam dah, borong kat sini pun boleh..


Ni tingkat 3, bahagian pakaian serta peralatan rumah dan permainan kanak2..
Wahhh rambang mata nak beli apa..
See, cute giler kan suit utk boys ni..
Nasib ler tak ada anak lelaki..


Macam2 boleh borong kat sini!!!
Apa nak?? Apa terlintas kat hati, semua ada. 


Haishhhh, memang tak terkatalah banyaknya barang kat sini..
Sorry tak dapat nak snap2 banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi barang dan ceruk dalam ni.
Sibuk menyopping utk rumah kami dan mak..

p/s: Macam-macam ada dengan harga yang berbaloi-baloi!!!








No comments:

Post a Comment