Sambungan dari entry USS kami..
Dapat hadiah free Hotel kat Singapore, siapa tak suka kan..
Nak-nak pula harganya kalau diconvert pada RM, boleh tahanlah orang kata..
Btw saya pernah stay kat Hotel Orchard di Orchard Road..
Menang Cabutan Bertuah di Matta Fair pada tahun 2008..
Masa tu ingat lagi tgh peknenkan Ayyunie..
Bulan puasa pulak tu stay kat Hotel tu..
Ni lah nama hotel yang kami menang tu..
Festive Hotel..
Sebelah2 jer dengan Hard Rock Hotel..
Guest Festive Hotel boleh jer mandi swimming pool di Hard Rock Hotel dan begitu jua sebaliknya..
Walaweiiii..
Teruja kami masa mula2 masuk bilik ni..
Ya lah sebab lain daripada yang lain kan..
Tak pernah jumpa lagi bilik yang mana katil anak-anak kena naik tangga macam ni..
Kalau kat Bukit Merah Laketown, pernah dapat bilik yang anak2 tidur katil yang sorong-sorong kat bawah tu..tu pun both Damias excited..Katil cam ni lagilah excited!!!
Cantik design bilik ni..
Satu family dapat selipar bilik ni..
Oh ya bilik kami ni bilik "Deluxe Family"..
Pandangan dari Balkoni bilik..
Kami stay di Tingkat 7..
Tak sabar2 both Damias nak main pool ni..
Oh No!!!!
Ayyunie bukan main lagi ya turun naik-turun naik tangga tu..
Jakun kejap dia..
Aleesya posing atas katil tu..
Selesa walaupun tak seluas katil dia sendiri kat rumah..
Ni pula bilik air..
Selesa dan sangat bersih..
Both Damias lepas main pool, main dalam ni pula..
Tempat sink yang dipenuhi wall dengan jubin merah..
Hohoho, yang ni paling tak suka..
Nak basuh poo poo both Damias kena tadah air dalam botol mineral..
Mana ada paip kan..
Ada sofa kat tepi tu..lepas tu wardrobe pun comel je..
Ni bahagian tempat buat air..
Best2 siaran Singapore ya..
Al-maklum lah, kat rumah mana boleh tgk siaran Singapore kalau dah pakai Astro atau SkyBox kan..
Fuhhh, katil yang empuk kuasa dua gitu..
Lain macam keempukkannya...hihi
Lepas maghrib, kami jalan-jalan sekitar USS..
Sambil keluar cari makan..
Haihh lah susahnya nak cari makanan halal area sini..
Cantik lampu2 kat depan USS tu..
Straight dari USS tu, ada macam tempat shopping..
Tapi branded2 punya restoran dan barang..
Branded2 pun ramai gak orang dalamnya...:)
Bayangkan penuh orang dalam Hard Rock Cafe ni..
Minuman tak halal pun ada banyak atas meja kaunter tu
Dah tanya orang hotel, area sini mana nak dapat makanan halal..
Orang hotel tu suggest kat Sini..
Tapi ada 2 sahaja tempat halal..
Iaitu mamak jual roti canai dan kedai nasi lemak yang cina jual..
Haishhhhhh, masuk dalam ni 99% cina semuanya.
Kami dah siap duduk, ayah damia dah siap beratur nak order roti canai..
Sekali saya pula rasa was-was sebab semua cina jer kat sini..
Last2 cancel makan kat tempat lain..
Kami makan di Mc'Cafe..makan sandwiches dan coffee..
Ok, nanti sambung lagi cuti2 kami disini...
saya penah ke sini..makan halal dekat area egypt tu atau lepas madagascar...makanlah tanpa was was hehehe sebab nampak logo halal
ReplyDeleteMenarik sangat..
ReplyDelete@qashmere, kalau dalam USS memang ada makanan halal. Masalahnya ni waktu malam dah, mana USS buka kan..:)..USS kan tutup jam 7 malam..
ReplyDelete@chekgu Azrine, memang sangat manarik..:)..alhamdulillah