Sempena Final Bola TRW vs JDT malam tadi, ayah damia saja-saja ajak students form 5 dia tgk bola kat rumah. Sama-sama memeriahkan. Kalau tak, tak berapa syokkkk tgk bola sengsorangkan.. Nak bersorak pun tak lah rasa pelik..
Tapiiii.. Yg datang semua penyokong fanatik JDT.. Siap pakai jersi JDT lagi.. 8 penyokong JDT, 2 penyokong TRW..
Walaupun berbeza penyokong, tapi ikatan persaudaraan sesama islam tetap utuh kan. Saya siap jamukan nasi minyak lagi utk mereka. Ada juga jajan, jagung rebus dan kuaci jangan lupa ya..:)
Wohooo, suasana ketika TRW dapat menyumbat 1 gol masa minit ke 15.. Sukalah tu ayah damia. Yang lain dah tension.. Hihi..
Dan finally, kejuaraan milik TRW.. Tahniah TRW.. JDT pun best jugak malam tadi. Nampak kesungguhan masing2.. Tu penyokong JDT tak puas hati TRW menang.. Gitulah gayanya.. Hihi
Lepas tu ayah damia ajak dioarg gi makan roti naan dan ayam tandoori bagi meraikan kemenangan TRW. Kul 1 pagi baru balik. Saya tidaklah ikut ya sebab both Damias dah tidur. Apa2 pun setiap pertandingan pasti ada kalah dan menang. JDT cuba lagi ya!!!
P/s: Updated blog dalam kereta, otw nak gi Bangi...
Camni la kita nak. Siap bleh duduk sesama. Sokong team lelain. Tak perlu gaduh2.
ReplyDelete