Saturday, June 29, 2013

Akikah || Teringat masa di Mekah

Khamis malam jumaat lepas, sejurusnya saya turun dari office jam 10 malam, tiba-tiba nampak owner Restoran Arab berdekatan office saya ada di bawah. Dia mengajak kami sekeluarga ke Majlis Akikah anaknya yang baru berusia 7 hari di Restorannya. Btw saya memang sangat kenal dengan Owner Restoran Arab tu. Sebab staffs dia ada beberapa yang belajar English Communication di tempat saya. Lagipun seminggus sekali mesti lah gi makan Mandy chicken kat situ..:)

Oh ya, isteri Owner Restoran Arab tu orang Melayu ya. Saya tanya jumpa kat mana? Dia jawab kat Restoran tu lah. Hihi jodoh pertemuan mereka berdua di Restoran tu rupanya. Tapi saya tak cam pun mana satu isteri dia sebab majoriti perempuan malam tu berpurdah dan berjubah hitam...:)


Mandy Rice.. Ada macam2 lauk diletakkan sekali dalam dulang besar saiz XL tu..kambing, ayam panggang, ayam hancur, daging hancur.. Haha.. Sorry tak tahu nama sebenar masakan tu..:)


Portian yg sangatlah besar. Separuh jer kot habis, separuh lagi tak habis. 

Teringat masa kat Mekah buat majlis Tahlil dan Akikah ramai-ramai, nasi macam ni juga.. Cuma lebih berminyak.. Yang pasti 100% kambing ya.. Tak ada pun lauk lain.. Dan yang best sekali, kepala kambing pun ada atas nasi tu.. Hihi.. Kenangan betul!!!

P/s: banyak urusan saya harini.. Org datang service CCTV, autogate, masuk office kejap dan yang paling penting, perjuangan untuk Aleesya petang nanti. Semoga Aleesya berjaya dan tenang Ya Allah. Terina kasih Ya Allah..

P/s: Opppss malan nanti rumah saya ada  ramai tetamu utk sama2 menghayati perlawanan bola sepak antara JDT dan TRW!!!

No comments:

Post a Comment