Sunday, March 3, 2013

Makan kambing di Korea lagi || Kembali berempat

Finally, bangun pagi-pagi ni..
Rumah kami begitu sunyi sekali..
Oh rupa2nya keluarga kami back to Normal kembali..
Hanya kami berempat sahaja dirumah menjadi isi..

Kalau tak bangun pagi2, sarapan dah tersedia hidang atas meja oleh mak atau mertua saya..
Pagi2 dah bising bunyi dengar TV sebab adik2 ipar sama2 tgk movie..
Pagi2 dah bunyi deruan motor sebab ayah mertua ke kedai depan mencari sarapan..
Begitulah suasana hampir sebulan di rumah kami..

Kini semuanya telah kembali ke rumah masing2..
Mak saya semalam dah balik naik bas kul 8 malam..
Adik ipar syahmi pun balik malam tadi jugak kul 9 malam..
Yang lain2 semua dah balik last week..
Dan kini saya tiada pembantu lagi dirumah mahupun di office..

Both Damias esok lepas balik sekolah kembali berkampung di office seperti biasa..
Kalau tak selama sebulan balik sekolah terus balik rumah..

Ok lah tengahari semalam sempat bawak mak saya dan adik ayah damia makan2 di Seoul Garden..
Memang Seoul Garden menjadi antara restoran pilihan saya bawa family makan2..sebab sukahati dan senang hati dioarg nak pilih makan apa..



Happy mak dapat makan sini..
Kata mak nanti kat rumah saya buat meja cam ni..
Senang nak makan steambot atau buat grill...tak yah datang2 sini lagi..
Hahaha...adoiii bila pulak nak makan cam ni kat rumah kan..


Macam2 mak makan..
Mak cakap ni macam nak main masak2 ngan Aleesya dan Ayyunie jer..:))


Sesungguhnya saya juga bersungguh2 makan semalam...
Makanan utama saya BBQ lamb ni..
Saya memang suka makan kambing BBQ kat sini sebab tak ada bau kambing..
Lepas tu sepulun2nya saya makan sotong pula..
Hihihi, ketawa mak tgk saya makan banyak cam tu..
Katanya makan banyak ni "ada isi" dalam perut ke??? erkkk..

Btw saya suka makan di Seoul Garden KSL City ni..sebab tak ada hidden charge...
Total semalam kami makan RM170++...
Worth it sebab memang semalam kami makan bersungguh2 termasuk both Damias..

First time kami makan kat sini boleh tgk link kat bawah..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni pula masa saya belanja keluarga mertua, ipar duai dan biras saya makan di Seoul Gaeden, IOI Puchong masa bulan December lepas.....sehari sebelum Krismas.....rupa2nya banyak pula hidden charge..Contohnya per person kena add on lagi RM2.00++ sebab katanya Eve Celebration.. Lepas tu air pula wajib semua ambil bukannya boleh pilih2 nak berapa cawan utk air...pastu utk kuah tomyam yang pedas kena add on berapa ringgit ntah...tak ada kambing BBQ pulak tu....so memang next time nak makan time Eve Celebration kena confirmkan betul2 ada charge2 tambahan tak...huhu..

Total kami makan masa tu RM400++, tapi saya memang niat nak belanja keluarga besar saya ni sebab kebetulan 2 hari sebelum tu claim saya baru masuk...Alhamdulillah..


Tak cukup 2 meja ni...ipar duai dan biras saya duduk kat meja2 belakang..
Yang paling meriah adalah cousin2 both Damias..
Yang best sekali semua cousins both Damias perempuan masa tu..
Memang happening!!!


Ibu dan ayah mertua saya..
Memang suka betul tgk diaorg makan..
Kami spent time kat sini almost 3 hours..
Dan memang selalunya kalau kat Seoul Garden ni tak pernah kami berganjak selagi tak makan lebih 2 jam..Hihi

2 comments:

  1. Saya pernah try Seoul Garden di City Square. Agak kecil dan cramp sikitlah plus org ramai. Tapi makanan mmg puas hati n tak ada hidden charge. May be boleh cuba di KSL pula selepas ini

    ReplyDelete
  2. kat city square ayu pernah tgk, memang kecik sikit tempatnya berbanding KSL...tak pe nanti jiran boleh cuba kat KSL ya...memang luas ruangnya...

    ReplyDelete