Dah lama sangat nak try terapi kat sini..
Bukannya jauh pun..
Dekat jer dgn office..
Bayaran pun murah..RM5 utk 1 jam..
Tapi mungkin sebab masa tu terfikir yang terapi ni hanya sesuai untuk golongan2 tua sahaja, maka asyik tertangguh-tangguh nak cuba terapi ni..
Ada sekali tu saya jumpa owner pusat rawatan Al-Jabbar ni..
Saya kenal owner ni sebab anak2 mereka belajar tempat saya..
Dalam 3-4 tahun lepas kot..sekarang ni dah besar pun anak2 owner ni..
Siap pusat rawatan ni dinamakan khas utk anak perempuanya.
Owner dia cakap, yang buat terapi ni bukan utk golongan tua sahaja, malah yang muda2 pun ada juga datang terutama mereka2 yang mudah penat dan mengantuk.
Jadi semalam saya pun terdetik ajak ayah damia ke sini.
Lately ayah damia mudah sangat mengantuk..
Kalau dulu2 drive JB-Kelantan 10 jam non stop ok jer..
Sekarang drive KL-Seremban pun kena tidur kat RnR Nilai..
Tak yah cakap yg jauh lah..
Kadang2 balik kerja ke rumah yang tak sampai 20 minit tu pun siap tertidur kat traffic light..
Pernah 2 kali terlanggar kereta depan sebab terlelap..alhamdulillah, nasib baik tak ada apa2..
Jadi kalini nekad nak cuba try terapi Dr Jism Al-Jabbar ni..
Kalau boleh biar istiqamah secara berterusan..
Lepas balik kerja dalam jam 5:30 petang semalam terus decided datang ke sini..
Wahhh sangat selesa lah dalam ni..
Dan decoration dalam pusat rawatan ni pun moden dan cantik..
Bukan macam sesetengah pusat rawatan tu..
Oh ya, masa kita duduk atas kerusi ni, sebarang kunci. handphone atau apa2 yang ada unsur besi tak boleh ada pada badan kita kecuali jam dan barang kemas. Ini bertujuan utk mengelakkan renjatan elektrik..
Lepas kami dah duduk atas kerusi ni, maka mesin elektrostatik dipasang. Masa ni kita akan rasa seolah2 ada semut2 kecil sedang merayap2 kat dalam tangan kita hingga ke badan. Yang membuatkan saya terkejut tu, org yang tak duduk atas kerusi ni apabila sentuh kita, akan keluar percikan api iaitu cas-cas elektrik tu lah. Terasa juga sedikit rencatan elektrik pada bahagian yang disentuh tu.
Masa ni Ayyunie memang dah main2 ngan atuk (panggilan utk owner pusat rawatan ni). Siap gi jalan-jalan ngan atuk lagi beli gula2 dan ice cream...wah wah wah, Ayyunie memang sangat friendly..Aleesya pula memang penakut kat org tak dikenali. So dia duduk jer lah kat kerusi sebelah saya. Gambar ni Aleesya lah yang snap...hihi
Pada mulanya hanya saya dan ayah damia jer menjalani terapi. Kemudian makin ramai pula yang datang terutama warga emas. No worries, you takkan boring disini sebab ada TV...kebetulan ada cerita melayu masa tu, so tak terasa sangat 1 jam terapi. Ayah Damia pula tidur siap berdengkur lagi...Adoilah....see my husband, cepat sangat penat dan tidur. Oh ya masa terapi diadakan, anda juga diberi sehelai selimut sebab sejuk betul air-cond nya..:))
Stock produk-produk Al-Jabbar.
Tersusun rapi dan kemas.
Pandangan dari belakang ke hadapan. Suka tengok kombinasi warna dan deco-deco di dinding..
Simple but nice..
Bersama dengan owner Pusat Rawatan Dr Jism Al-Jabbar
Sebelum balik saya pilihkan kopi ni utk ayah damia.. saya pilih aja, dia yang bayar...hihi..
Kopi ni bagus utk menambahkan tenaga serta mengandungi 9 herba dalam kopi ni..
Selain memberi tenaga, banyak lagi kebaikannya...
So saya dan suami dah berbincang seminggu sekali kami akan cuba buat rawatan terapi ni..buat sekali manalah nak nampak hasilnya kan...at least buat 6 kali...baru boleh rasa perbezaanya...lagipun sejak akhir2 ni kami dah mula concern tentang kesihatan kami. Ya lah, anak masih kecil lagi, kudrat diperlukan utk meyara mereka serta bekalan dihari tua. Kalau tak sihat dan mudah dapat penyakit, cam mana nak work smart kan.
Untuk yang masih tak tahu apa itu Terapi Dr Jism Al-Jabbar yang saya lakukan ni, boleh baca di artikel
******************************************************************************************************************************************************************
Kalau berkesan saya heboh-hebohkan, kalau tak berkesan saya lebih suka diam je...hihi..
Ok lah, apa pula yang uolsss makan atau minum utk kesihatan tubuh uolsss ya???
Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
pandainya si kecil ambil gambar
ReplyDelete