Tuesday, December 18, 2012

Suntikan Meningitis || Takutnya jarum!!!

Selasa lepas (11hb), saya ke Klinik utk mendapatkan suntikan Meningitis. Suntikan ini adalah untuk mencegah diri daripada mendapat jangkitan kuman pada otak. Btw selalunya suntikan ini diambil oleh sesiapa yang hendak ke luar negara yang mana negara tersebut telah mewajibkan sesiapa yang hendak ke negara tersebut, perlu dikenakan suntikan meningitis terlebih dahulu. Tetapi kalau tak nak ke luar negara yang dimaksudkan pun tetap boleh ambil juga suntikan ini utk mengelakkan kuman pada otak kan. Doctor yang memberi suntikan pada saya tu ada memberitahu bahawa tak ramai org kita yang mengambil berat tentang suntikan ini. So terpulanglah pada masing-masingkan. Bayaran untuk suntikan ini adalah RM120 seorang. Mana-mana klinik pun sama harganya. Cuma hospital mungkin sedikit murah bayarannya. Suntikan ini juga tahan selama 3 tahun. So amatlah jimat dengan RM120 utk 3 tahun kan.

Baiklah yang ingin saya kongsi tapi malu juga nak cerita di sini ialah saya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TAKUT JARUM!!!

Haishhh entahlah kenapa sejak dari kecil lagi kalau sebut jer nak kena cucuk, mesti bulu roma naik punya...rasa macam perit jer..Bayangkan hari yang saya kena cucuk tu walaupun malu tapi dalam keterpaksaan saya menjerit jua masa jarum paling kecil tu singgah dibahu saya...haishhh...Doktor siap cakap "macam mana awak lahirkan 2 puteri ni kalau cucuk pun dah sakit??"...muahahaha...saya jawab "hanya suami saya jer tahu"...ya betul, menjerit sampai butang kameja pun tercabut saya rentapnya masa bersalinkan Ayyunie dulu......muahahaha..

Lepas tu masa saya jerit tu, staff nurse yang jaga kaunter 2 orang tu masuk tgk saya dalam bilik doktor...mak aiiii...malu yang teramat...dan yang paling best masa nak bayar kat kaunter tu staff nurse tu siap cakap " kuat betul jeritnya!!!"....haha...saya jawab "saya memang tak tahan sakit, anak saya cubit pun kejap jer dah lebam lengan saya, ni kan pula cucuk jarum"...hihi

Lepas tu suami saya pula perli-perli..."tengok tu, budak kena sunat pun relaxs je, tak menjerit pun"...haha..malu lagi disitu...tapi saya tahu suami saya memang dah masak bab sakit2 kalau time cucuk2 ni...time kena cubit manja pun saya sanggup gigit tangan suami saya sebab nak tahan sakit punya pasal...haha..terimalah kekurangan yang ada pada sayang ya bang..

Dan yang paling maluuuuuuuuuuuuuuuuuuu sekali Ayyunie boleh pulak cakap "baby kena cucuk tak nangis pun kan, diamm jer, ibu jerit aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" hua hua hua....kan dah kena ngan anak sendiri...eh tapi betul tau Ayyunie kena cucuk steady giler...siap tgk lagi doktor cucuk dia...tapi bukan suntikan ni..suntikan MMR2 masa bulan lepas...bravo lah baby..

Apa2 pun setiap manusia ada kelemahan masing2 kan...so saya terima ini salah satu kelemahan saya..ngeh ngeh ngeh...




Rileks jer ayah damia kena suntik...ayah damia siap kena buka baju sebab nak cucuk kat lengan. Tapi saya cucuk direct terus dari atas baju. So doktor tak payah pegang aurat saya. Doktor siap tanya lagi nak jarum besar atau jarum kecik??? hihi...wajib ler yang kecik menjadi pilihan utama...hihi

Info suntikan Meningitis:

1. Di kawasan JB ni suntikan hanya terdapat di Klinik Utama Uda, dan juga Klinik Kamal di Tampoi. Saya buat di Klinik Kamal dan sangat-sangat recommended sebab Doktor yang friendly yang kita boleh anggap macam ayah kita dah. Banyak tips2 kesihatan dikongsi bersamanya.

2. Kenapa tak banyak klinik ada ubat suntikan ni?? Sebab dia cepat expired. So bila dah expired confirm kena buang semua. So itu mungkin salah satu sebab kenapa tak banyak klinik ada ubat suntikan ni utk mengelakkan kerugian.

3. Suntikan ni bertahan selama 3 tahun. Means katalah tahun ni saya pergi Dubai, so next year kalau saya ke Dubai lagi no need dah ambil suntikan ni lagi.

4. Standard price memang RM120 je..masa saya teman mak dapatkan suntikan ni di Pasir Mas masa nak gi Haji baru2 ni pun harga lebih kurang tu je..RM120-RM150.

5. Lepas dah dapat suntikan ni, satu surat dikeluarkan utk mengesahkan bahawa kita telah mengambil suntikan ni. So surat tu lah kita boleh guna utk lampirkan pada pihak2 tertentu.

p/s: Tidak boleh diambil utk ibu-ibu yang mengandung.

Ok sampai disitu sahaja info saya utk semua...semoga info saya ni sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca...wassalam..





Nota Kaki:

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::


4 comments:

  1. nak gi mana ye sampai kena suntik meningitis? tp betul, saya jg hairan knp msia x ketengahkan vaksinasi utk meningitis. di UK ni, semua kanak2 diwajibkan. dua dose, covered for life

    ReplyDelete
  2. Masa Nur nak pergi Umrah awal tahun ni, Nur ambil suntikan di Klinik Kamal.. Doktornya memang friendly dan sangat baik. Siap bagi buku panduan untuk kegunaan Nur waktu di Tanah Suci dan sempat bercerita pengalaman beliau waktu di sana..

    p/s : Ayu nak bercuti ke mana tu??

    ReplyDelete
  3. rasanya saya tau ayu nak pergi mana.. hehehe.. saya amik suntikan ni RM150 untuk 5 thn.. kalau RM120 mmg untuk 3 thn.. mmg betul, tak semua klinik ada suntikan ni.. Selamat Beribadah yer

    ReplyDelete