Friday, December 14, 2012

Mee udang & Ketam Sambal Telur famous di Tanjung Langsat


Balik dari percutian Jojo Rakit, kami ke Desaru sebentar untuk membeli buah-buahan tempatan. Lepas tu melalui highway Senai-Desaru, terus kami ke Tanjung Langsat utk menikmati makan tengahari kami.

Btw dah lama ayah damia nak bawa saya dan anak-anak makan kat sini. Ayah Damia pernah makan kat sini pun sebab kawan dia bawa masa ada meeting. So ni kira first time lah saya dan anak-anak sampai sini..

Makanan istimewa disini, KETAM dan MEE UDANG..
Rugilah kan kalau sampai sini tapi tak rasa kedua-dua makanan tu..
So kami order ketam sambal telur, tomyam ayam dan telur dadar jer..
Air pula air kelapa dan sirap limau..


Ketam fresh2 lagi..
Bergerak2 sana sini..
Takut pun ya takut kena sengat.
RM50 sekilo siap masak...


Sesi memilih ketam...
Saya ambil 2 ekor saiz sederhana..


Bukan main galak lagi ya Ayyunie..
Katanya "semalam tidur atas air kan ibu, harini makan atas air ke ayah??"


Hanya ada 2 restoran sahaja di Tanjung Langsat ni..
Tapi betullah, setiap kali nak pergi tempat makan seafood atau ketam macam ni, mesti lalu jalan2 kampung dan rumah2 orang kat tepi tu..kadang2 confius jugak betul ke ni tempatnya...nasib baik kami tak sesat walaupun ayah Damia ingat2 lupa datang sini..


Lepas makan, kami menikmati ais-krim bersama pula...


Dari tempat kami makan tu dah boleh nampak jambatan Highway Senai-Desaru..
Dan juga kapal2 besar berlabuh..



Oh ya, nak dijadikan cerita, saya terlupa nak snap2 makanan guna DSLR saya..
Hanya snap2 guna Iphone dan terus upload kat FB..
So ni gambar MEE UDANG yang saya google..
Lebih kurang macam ni lah..


Tu gambar ketam sambal telur yang famous disini..
Pendek kata kalau datang sini tak try makanan famous ni memang rugi..
Gambar atas saya ambil dari blog sini..
So sesiapa yang datang Johor, bolehlah kesini..

P/S: Mee Udang saya bungkus ya...tak larat nak makan semua sekaligus kat sana..akibat kekenyangan, sampai2 jer rumah semua lepak atas katil sambil layan Instabul Aku Datang...masing2 dah macam ular sawa kekenyangan..hihi





Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

3 comments: