Assalamualaikum anak2 ibu...
Aleesya tercinta dan Ayyunie tersayang...
Maafkan ibu + ayah andai kata-kata warkah ini menyebabkan anak2 ibu tidak senang duduk..
Tujuan ibu + ayah tulis warkah ini adalah untuk memberitahu..
Bahawa ibu dapat panggilan urgent dapi pihak Travel Agent kul 4 petang tadi..
Yang mengatakan bahawa tarikh utk ibu + ayah gi honeymoon Anniversary 8/8 ni terpaksa diawalkan..
Ini disebabkan negara tersebut terpaksa 'block" dari pelancong masuk atas sebab2 tertentu..
Sebenarnya mentaliti ibu + ayah tidak boleh terima hakikat ini..
Sebab kami berdua masih dalam keadaan tidak bersedia untuk kesana...
Situasi berlaku dengan tiba2..
Banyak yang perlu ibu uruskan sebelum pergi berhoneymoon disana....
Untuk pengetahuan Aleesya + Ayyunie...
Trip kali ni terpaksa ibu tinggalkan kalian berdua..
Bukan niat sengaja untuk ibu tinggalkan kalian berdua,
tapi memang tempat tersebut tidak sesuai untuk Aleesya..
(padahal nak gi poya-poya laki bini...jahat kan)
Apatah lagi Ayyunie yg masih belum mengerti untuk menghayati keadaan di sana..
Inilah kali pertama ibu tinggalkan Aleesya + Ayyunie..
Sebelum ni ibu + ayah tak pernah tinggal langsung kalian berdua..
Tak kira bercuti ditempat dekat, atau tempat jauh..
Memang kalian sentiasa berada di sisi kami berdua..
Cuma honeymoon kali ni rasa macam tak worth it kalau Aleesya + Ayyunie ikut..
Sebab ibu pasti Aleesya mesti tak selesa dengan susana disana..
Lagipun trip ibu + ayah kali ni bukan dengan kereta sayang..
(macam ler diaorg tak pernah naik kapal terbang, ferry n so on kan)
Masih kah Aleesya ingat masa kita sama2 sambut 5th Anniversary ibu + ayah kat Kuching tahun lepas???
Banyak kenangan manis dan pahit disitu....
Itulah first time Aleesya + Ayyunie naik aeroplane kan..
Dengan kisah baby Ayyunie yg jatuh katil masa tu..baru 5 bulan kan baby masa tu..
Dengan kisah Aleesya yg terjatuh dari luggage atas troli dan ayah damia hanya sempat tarik rantai Aleesya sahaja untuk selamatkan Aleesya...
Akibatnya leher Aleesya umpama kena ragut berbekas kan...masa tu dah sampai airport senai pun..
Rantai Aleesya bukan putus dua, tapi putus empat...
Huhuhu masa tu ibu + ayah rasa macam nak bunuh diri jer sebab cuai menjaga Aleesya..
Lagi satu...segala kenangan kita dalam coolpix tu...memory card tak boleh baca..
Lenyap sudah kenangan kita di kuchingkan..
Jadi ibu harap Aleesya + Ayyunie pandai menjaga diri semasa ketiadaan ibu..
Ibu janji pabila Aleesya + Ayyunie dah berumur 5-6 tahun nanti, ibu pasti akan membawa kalian ke sana pula..
Oh yer...mesti Aleesya + Ayyunie tertanya2kan kenapa ibu celebrated Anniversary awal sebulan..
Actually anniversary ibu + ayah 10 September kan..
Tapi masa tu kan Jatuh Raya Aidilfitri yang pertama..
Jadi adalah tidak manis ibu + ayah berholiday pada masa tu...
Kebetulan pulak Cik Ngah yg baru balik dari Rusia nak melangsungkan perkahwinannya pada 18/09 tu,
Maka memang tak sempat kalau nak celebrated Anniversary masa tu..
Ibu ingat just nice pilih tarikh 8/8 tu (ader ong tu)...kira ngam2 lah nak celebrated awal sebulan..
Tapi nampaknya apa yg dirancang tak menjadi...
Aleesya + Ayyunie jangan sedih2 yer..
Banyak lagi percutian yg bakal menyusur lepas ni...
Aleesya + Ayyunie cuma tunggu masa jer yer..
Kalau tak ada aral melintang...Aleesya + Ayyunie pasti akan naik aeroplane ngan ferry lagi..
Aminnn...Rezeki daripadaNYA kan sayang....
Sekali lagi ibu + ayah minta maaf ..
Bukan niat kami hendak tinggalkan kalian berdua...
Sampai disana nanti insyaallah, ibu akan cuba sedaya upaya call Aleesya + Ayyunie..
Walaupun ibu tahu agak susah hendak buat Roaming call....tapi ibu gigihkan jua yer sayang..
Kalau ader wifi...ibu akan cuba tgk segala pergerakan aleesya + ayyunie via CCTV yer..
Lagipun dah nak masuk 6 tahun ibu + ayah kawen...
Bagilah ibu + ayah peluang untuk sama2 memantapkan lagi hubungan kami..
Disamping merasai honeymoon seperti dulu2...
Sekali ni jer sayang-sayang ibu...
Sekali ni jer sayang-sayang ibu...
Walau apa pun...sebenarnya berat hati ibu +.ayah nak tinggalkan aleesya + ayyuni ni..
Lama juga ibu + ayah berbincang untuk mengambil keputusan ini..
Harap anak2 ibu boleh memahaminya...
Sekian, wassalam...
p/s: MADAGASCAR, HOLLYWOOD, NEW YORK.....here we come!!!!!!!!
Bye Bye Malaysia...
Bye Bye Malaysia...
p/s: Tujuan utama beli lens 70-200mm tu, sebab nak ke sini lah....kalau tak sebab ni, memang asyik bertangguh2 jer lah nak beli lens tu....
p/s: Esok pagi2 kul 6 dah kena keluar rumah... mesti sgt sayu nak meninggalkan anak2 yang masih tido...
p/s: First time ni guna perkhidmatan travel agent...selalunya redah sendiri jer...
p/s: Esok pagi2 kul 6 dah kena keluar rumah... mesti sgt sayu nak meninggalkan anak2 yang masih tido...
p/s: First time ni guna perkhidmatan travel agent...selalunya redah sendiri jer...