Wednesday, March 16, 2022

JJCM Melaka II Perkampungan Kuih Kampong


Tempat kepelbagaian kuih muih dari tradisional hinggalah ke kuih2 moden disini.
Rambang mata. Dan kuih2 yang kami makan pun sedap2. 


Bukan kuih muih je ada, macam2 makanan lain pun ada termasuk lah asam pedas.
Dekat papan tanda tu ada tertera harga set asam pedas.
 

Masa kami sampai dekat2 jam 12 tengahari..
Banyak pilihan kuih muihnya..
Ni pun ada lagi kuih muih yang masih belum ready..
Sentiasa top up kuih muih disini..
Sebab tu bukan untuk sarappan sahaja disini, tapi untuk ngeteh minum petang pun boleh.


Ni makanan kat sudut lain pula..
Ada pisang goreng, rojak tauhu, kuih bakar, dan macam2 lagi lah..


Untuk asam pedas, kami pilih set pari dan set tenggiri.
Add on kangkung goreng belacan.
Masa ni semua tak berapa lapar lagi..
So just ambil 2 set sahaja untuk rasa..
Sebab dah kekenyangan makan roti canai dan kuih muih dah..


Jujurnya kalau pengalaman kami makan asam pedas kat Melaka ni, memang selalunya kurang menepati citarasa. Ada yang letak lada hitam banyak lah, letak serbuk kari lah.
Tapi asam pedas kat sini memenuhi lah citarasa tekak kami, pekat, masam dan rasa 'asam pedas' tu..


InsyaAllah..kalau ke Melaka lagi, pasti kami akan singgah sini..
Banyak lagi makanan yang kami tak try..
Pagi2 breakfast kat bilik apaertment, kami pun order kat kedai ni melalui Grabfood..
Senang sebab banyak pilihan..


Boleh tonton video untuk tengok suasana disini..
Btw Talam Durian tu sedap..
Dan seri muka tu pulut dia ada pulut hitam..pun sedap..
Happy watching..







::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

1 comment: