Monday, February 28, 2022

Lawatan sambil belajar (Edutour) buat coklat di Go JB Chocolate



Terujanya adik-adik semua dapat buat aktiviti luar setelah sekian lama.

Edutour  pada (24/2/22) dari Tadika Raudhatul Iman, Bandar Pulai Jaya. 
Terima kasih kepada guru pengelola dan guru-guru pengiring juga. 
Kita jaga SOP sama-sama ya selagi boleh. 
Yang penting semuanya teruja pabila masuk GO JB Chocolate.

Edutour ni pun merupakan satu "education" kemahiran insaniah serta kemahiran tidak langsung kepada semua peserta. Bukan sahaja ilmu, pengalaman dan pemerhatian sahaja yang dapat, malah nilai2 murni turut diterap dalam modul yang disediakan.

Have fun kids! Happiest Edutour begin with us!

P/S: Untuk cuti sekolah ni, kami juga menerima lawatan dari kumpulan2 kecil seperti taska, childcare, family group, pusat tuisyen, sekolah Pendidikan Khas dan lain-lain. 
Boleh whatsapps 010-6468383 untuk booking tarikh dan maklumat lanjut.


Rindu dengan zaman sebelum pandemik, pagi petang mesti je ada lawatan pelajar-pelajar dengan bas yang turun depan ni.


Welcoming board yang akan sentiasa bertukar-tukar nama mengikut tarikh dan nama sekolah.


Sebelum masuk kita ambil suhu, spray tangan dan sembur sanitizer dulu para peserta.


Comel2 semuanya..


Sesi Edu-learning


Ya dik, tak sabar nak makan coklat ke tu?


Kita bagi makan coklat puas2..


Dah buat macam2 aktivit dalam ni, sampailah kita ke aktiviti kemuncak...


Masing2 tak sabar nak buat coklat sendiri.


Sempat lagi posing ya.


Warna warni bermain dengan coklat.


Masa untuk bawa blik coklat masing-masing.


Yeayy..happiest Edutour begin with GO JB Chocolate.


Sesi pemberian ole-ole.

Kepada organisasi yang berminat, boleh lah hubungi 010-6468383 untuk booking tarikh dan dapatkan details ya. Terima kasih.




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment