Thursday, February 3, 2022

JJCM Kuantan II Makan dalam gerabak keretapi

Misi JJCM Kuantan sempena cuti Tahun Baru Cina..
Kita mulakan dengan Belibis Cafe yang terletak di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan.

Makan dalam gerabak keretapi yang tak bergerak sambil menikmati pemandangan tepi sungai gitu konsepnya. Berangin sejuk je suasana.


Nak makan dalam gerabak keretapi, penuhlah pula..
Makan kat bawah ni pun boleh sambil menikmati pemandangan sungai..


Ni pintu masuk ke dalam ruang untuk ambil makanan dan minuman...


Cantik tembaga2 lama ni..


Tapi sebab kami pun sampai late lunch dah dalam pukul 3:30, makanan memang dah banyak habis. Makan je lah apa lauk yang ada. Tunggu 4:30 pula menu akan bertukar jadi western. So tak leh review sangat bab makanan tu. Adoii baru nak try laksa Pahang dan puding raja.


Laluan2 keretapi tanah melayu..
Teringat kecil2 dan masa belajar dulu pernah juga naik keretapi balik Kelantan.


Daim tak pernah lagi naik keretapi..
Tapi naik aeroplane dah banyak kali...


Lagi satu meja dalam gerabak tu hanya ada 5 je. So kebarangkalian nak makan dalam gerabak waktu orang ramai sangat lah tipis. Ada air-cond dalam gerabak. Kerusi meja pun selesa. Boleh naik bergambar je lah kalau tak leh makan dalam tu


Posing je lah mampu kan..


Yang nak datang makan sini kena rancang waktu elok2 ya sebab menu akan bertukar2 seperti waktu dibawah:
Sarapan pagi (8-10 pagi)
Lunch (11:30-2 petang)
Western (4:30-6:30 petang)


Enterframe sekeping..


Ada pameran juga kat luar muzium ni..
Ramai yang singgah solat dan berhenti berehat kejap sambil2 cuci mata disini..


Boys memang suka lah kenderaan2 rare macam ni..


Ok sampai sini dulu..
Nanti sambung kat tempat makan lain di Kuantan ni pula ya..






::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment