Dah lama tak dine in breakfast..
So harini Ayah Damia ajak jjcm kat mana tempat boleh dine in breakfast.
Kebanyakan tempat makan memang masih belum boleh dine in lagi.
So jalan punya jalan tersampai disini.
Macam biasa, untuk dine in kena tunjuk sijil digital vaksin 2 dose dan habis edah 14 hari ya.
Then scan My Sejahtera dan check suhu.
Sambil makan, sambil jamu mata tengok macam2 gambar sejarah/lama
ada di dinding..
Cantiknya permaisuri agong kita dari dulu hingga kini..
Gambar Sharifah Aini dulu-dulu pun ada..
Kenangan sungguh kan filem-filem Seniman Agong P.Ramlee
Famous Warong Saga ni..
Penuh gambar hah..
Menu harian ada seperti biasa..
Menu special ikut hari lain2..
Pasni dah boleh rancang nak pergi sarapan hari apa..
Ikut SOP, meja jarak2..
Nak makan jangan lupa buka mask ya..
Sebab terjadi kat diri sendiri, nasib baik mask tak kena kuah soto..hihi..
Al maklumlah dah terbiasa dengan new norm dan lama tak dine in..
Ok esok jumaat (24/09/2021) Johor dah masuk FASA 2.
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment