Monday, April 5, 2021

Breakfast " Nasi Dagang Daun Simpoh" by the sea


Alhamdulillah...
Sedar tak sedar sekejap je cuti sekolah selama seminggu berlalu..
Semalam pun dah bermula sesi persekolahan bagi sekolah menengah untuk 
negeri2 yang mula sekolah pada hari ahad.

Aleesya juga tidak ketinggalan selepas berbulan2 belajar secara PdPR.
Cuma ralat sikit sebab sebelum ni sesi sekolahnya pagi.
Lepas PKP ni dah tukar jadi sesi petang pula.
Nak tak nak, kenalah kami menyesuaikan diri dan masa untuk sesi petang.


Berbalik pada tajuk diatas..
Syukur alhamdulillah..
Cuti sekolah minggu lepas..
Kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke Penyabong dan Endau..

Dan antara sarapan yang menarik di Penyabong adalah Nasi Dagang katanya..
Dan Nasi Dagang yang sohor di area ni adalah 
"Nasi Dagang Penyabong" di Jeti Penyabong dan " Nasi Dagang Warisan Kak Ju" di Tg Genting.

Uniknya Nasi Dagang Penyabong ni adalah dibungkus dalam daun simpoh.
Sempat juga saya bertanya makcik yang membungkus nasi dagang ni
 daun simpoh  tu senang ke nak jumpa.
Makcik tu bagitau senang je, kat tepi2 jalan banyak..
Cuma tak semua tempatlah ada daun simpoh ni..

Lepas dah beli semua makanan2 untuk breakfast, kami terus ke Pantai Pasir Lanun.
Tak sampai 5 minit dari Jeti Penyabong ni.


Kami sampai awal dalam jam 8 pagi.
Masih tak ramai orang lagi..
Yang ada hanya 2 keluarga  je mandi kat pantai tu..
Selebihnya kelihatan monyet2 yang sedang berkeliaran mencari makanan..


Halah halah...
Model pun..
Bukan main lagi posing atas tikar by the sea ya..


Our breakfast..


Sekali sekala breakfast berbumbungkan langit best juga..
Luas pemandangan..
Cuaca pun sedang elok tak panas..
Yang penting bunyi deruan ombak tu best sambil makan..


Nasi dagang ada..
Nasi lemak ada..
Meehoon goreng ada..
Aneka kuih muih ada..
Syokkk haihhh makan berkelah cam ni walaupun simple2..


Lepas makan apa lagi?
Mandi dan main pantai lah jawabnya..
Anak3 lah paling seronok main air..
Daim tak yah cerita, lencun habis..


Aktiviti wajib..
Posing time..
Btw, dah banyak kali kami singgah di Pantai Pasir Lanun ni..
Cuma kalini datang waktu pagi dan sempat lah berkelah breakfast disini...


Bagi chance lah nooooo..


Wowww...
Flawlessnya guna kamera HP Vivo..


InsyaAllah..
Ada masa nanti saya story mory tentang vacation kami di 
Penyabong Warisan Resort & Endau Beach Resort ya...

Happy reading..


 


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment