Monday, March 1, 2021

Welcome back to school 2021 Daim...



Harini pelajar2 Prasekolah, tahun 1 dan tahun 2 dah kembali ke sekolah semula untuk sesi 2021.
Daim pun sama..
Dah kembali semula ke tadika.
Cuma tahun lepas Daim belajar di Smart Reader berdekatan rumah.
Tahun ni Daim dah pindah ke Tadika di Taman Universiti.


Tempat jatuh lagikan dikenang.
Inikan pula tempat kakak2 Daim belajar dari usia 3 hingga 6 tahun dulu-dulu.


Mula2 Daim masuk kelas je, terus cikgu paling otai kat situ cakap
"masa kecik macam Ayyunie, makin besar dah macam Aleesya".
Haha..


Ni Ayyunie masa kecik2 belajar kat situ.
Budak legend ni sebab usia tak masuk 3 tahun lagi dah start tadika ya.


Ni pula Aleesya masa belajar kat situ..
10 tahun yang lepas masa mula2 Aleesya masuk belajar kat sini.



Ni masa hari pendaftaran Daim dan pembayaran yuran pada 22 Feb 2021


Budaknya tinggi dan besar..
Saiz baju uniform pun kena XL dah..


Cikgu sekolah Daim baru je kejap tadi call..
Bagitau pagi tadi Daim muntah dalam mangkuk tandas..
Tapi dia pergi sendiri lah tandas tu...
Agaknya makan roti hotdog banyak sangat sarapan pagi tadi kot..
Tu yang sampai muntah2 ya Daim..
Siap pesan jangan bagi makan banyak sangat pagi2..
Sebab nanti pukul 10 tadika bagi makan..
Hahah..baiklah teacher, saya tak paksa pun anak2 saya makan..
Diaorg yang makan banyak..

Then cikgu Daim pun ada tanya juga Daim ada belajar ke kat rumah?
Sebab dia ABC 123 semua pandai tulis.
Sangat fast respond kalau teacher tanya apa2..
Pun pandai cakap juga kalau teacher suruh ikut baca..
Langsung tak takut..
Hahaha...Daim Daim...

    P/S: Semoga anak2 kita semua kembali ke sekolah dengan ceria, mudah faham apa yang diajar, dan dilindungi dari wabak penyakit berjangkit.
Aaaaminnn..




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::


No comments:

Post a Comment