Wednesday, March 24, 2021

JJCM Johor || Warong Tok Ki, Batu Pahat


Dah lama nak datang breakfast kat sini. 
Tapi memandangkan Warong Tok Ki ni memang tutup pada hari jumaat & Sabtu, 
asyik tak kesampaian je nak datang sini.


Kebetulan semalam  Johor cuti.
Terus ajak ayah Damia ke sini. 
Tapi sebelum datang, dah call dulu tanya buka tak warongnya. 
Kang datang jauh2 berputih mata pula..


Sampai2 je kami kat sini..
Wahhhh...kagum jap dengan air dalam parit depan Warong Tokki ni..
Warna biru hijau gitu..

Konsepnya memang betul2 warung dalam kampung.
 Depan parit. Sejuk, segar dan tenang je suasana. 


Ok jom tengok kami order apa..
Ni namanya roti garlic & endok goyang..
Ada telur masak separuh atas roti..

Order juga roti bakar gula dan roti bakar kaya..
Sedap...


Alang2 dah sampai Batu Pahat, kita order mee bandung sekali..
Aleesya dan Ayyunie teringin makan..
Nak rentas daerah makan mee bandung Muoo ntah bila..
Pun sedap juga..


Yang ni sumpah sedap..
Walaupun goreng cara kampung iaitu ada lada kering dan bau udang kering..
Tapi serius sedap..
Ditambah pula dengan hirisan tauhu dan ayam..
Memang sedap lah..
Jarang2 dapat makan meehoon goreng cam ni..


Nasi Lemak ayam untuk Daim..


Ni antara menu2 lain yang ada..
Simple2 je menunya..


Pantang ada cuti erkk..
Terus meronda jjcm..
Ni next week cuti sekolah 1 minggu..
Mana lah nak ronda2..
Memandangkan masih tak boleh rentas negeri..


Awww...kasi chance lah gambar berduet...


Banyak betul gambar model ni..
Sebab test kamera Vivo barunya lah katakan..
Haha..


Model ni lagi..
Kikikiki...


Ok selesai makan, bayar lah dulu..
Jumlah kami makan RM37..


Dah makin berusia ni, makan tu no 2, tapi feel suasana tu yang penting. 
Tu sanggup rentas daerah jjcm tu.
Gigih erkk drive 55 minit semata2 nak sarapan..
Alaaa...pernah pecah rekod drive 2 jam lebih semata2 nak gi makan je tau...
So setakat 55 minit tu apa lah sangat...kih kih..


Eh, apa punya gaya lah ni...
Muahaha..


Lokasi: Parit Jambul, Batu Pahat
Masa: 7 pagi - 1 tengahari
Buka: Ahad - khamis






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

1 comment:

  1. Alaa....akak tak boleh rentas negeri. Suka jugak JJCM macam ni. Akak cover Selangor je lah dulu. Hehehe.

    ReplyDelete