Sunday, December 27, 2020

JJCM Pahang || Jaman Tory Resipi

Dah lama tahu tempat ni..tapi tak tergerak hati nak singgah sebab kami sekeluarga tak makan ikan patin (dah serik sebab 1st time cuba makan kat Temerloh dulu rasa something error & hanyir pula dah. Eh ke memang ikan patin rasa cam tu 

Tapi kalini try lah juga singgah sebab riview katanya ikan patin kat sini sedap yakmat dan tak hanyir. Biar menyesal cuba, dari menyesal tak pernah cuba kan. 

Air2 kat sini menarik.. 
Banyak dan bekas pun cantik.. 

Ok kami dah try makan ikan patin masak tempoyak kat sini. Anak2 memang kata kali pertama dan terakhir lah makan ikan patin ni. Hahaha.. Tapi bagi kami suami isteri not bad juga lah rasanya. Still boleh telan beberapa cubit walaupun tak lah hingga  menjilat jari. Kuah masak tempoyak tu pun still boleh hirup lagi. Dah rasa kan, so tak menyesal.

Menu lain macam masak lemak daging salai bolehlah tahan, ayam kampung goreng sedap garing sampai tulang pun boleh hancur di gigit. Puyuh goreng pun not bad dan yang membuat kan lagi berselera makan tu sebab ada ikan Pekasam. Memang 👍.

Ekspresi Aleesya makan Secubit ikan patin.. Haha.. 

Dah lepas makan, apa lagi.. 
Posing lah kan.. 

Tempat cantik dan redup je.. 
Dan kalau datang sini, jangan lupa bergambar atas buaian Signature ni ya.. 

Bagi chance ibu posing juga.. 

Review: Makanan 3.5/5 bintang
Harga: Agak mahal sikit sebab kuantitinya sikit
Recommended: Ikan pekasam, ayam kampung goreng & sambal tempoyak. Air2 dia pun best.. 

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, December 25, 2020

JJCM Johor || Lontong darat sedap & padu

Sarapan di gerai Aneka Manaf Simpang Renggam pagi ni. 

Lontong darat dia betul2 sedap dan padu. Di dalamnya ada nasi impit yg lembut giler, rendang daging, sayur goreng, sambal tumis, telur mata, ayam goreng dan yang paling istimewa, kuah kicap tu rare betul. Sampai kan Nasi lemak pun ada kuah Kicap. Kuah kacang dalam lontong darat dia pula macam kuah rojak. Sedap! Ni serious memang recommended. 

Ramai yg beratur panjang tadi. Katanya kalau nak makan lontong kering & nasi lemak style kena datang awal. Biasa 10 pagi dah sold out.

Alamat:
No A12 Gerai Mdsr
Jalan Pasar
86200 Simpang Rengam Johor

Waktu Operasi:
7.30am - 3.00pm

So next jjcm ke mana pula ni? 

Signature dishes kat sini yg korang kena try.. 

Nasi lemak Style
Lontong darat
Lontong kuah

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, December 24, 2020

Resepi Puding Neslo Nestum

Senang untuk dibuat.
Senang juga untuk dimakan.
Dengan produk-produk Nestle, snek menjadi mudah dan sihat.

(RESEPI PUDING NESLO NESTUM) 

BAHAN-BAHAN:

2 cawan Full Cream Milk
2 sudu besar Milo
1 sudu kecil Nescafe
3 sudu besar Nestum
2 bar Kit Kat Chunky
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
1 cawan air
Buah Strawberi secukupnya

CARA-CARA:

1. Masukkan 2 cawan Full Cream Milk dan 1 cawan air ke dalam periuk bersama tepung kastard dan gula.
2. Masak hingga sebati dan sedikit likat. Tutup api. 
3. Kemudian asing kan sedikit bancuhan kastard kuning tadi ke dalam mangkuk untuk hiasan nanti. 
4. Masukkan pula Milo dan Nescafe (Neslo) ke dalam baki kastard dalam periuk. Hidupkan api dengan perlahan dan kacau sehingga lebih likat lagi. 
5. Tutup api dan biarkan bancuhan kastard sejuk.
6. Apabila dah sejuk, masukkan kastard Neslo sehingga separuh ke dalam gelas.
7. Seterusnya susun buah Strawberi mengikut kreativiti masing-masing.
8. Masukkan pula Nestum di atas buah Strawberi tadi dan tuang 2 sudu besar kastard kuning. 
9. Dan akhir sekali, parut coklat Kit Kat dan patah-patah kan juga  untuk hiasan.

Yummm Yummm..
Memang sedap sehingga menjilat ke titisan terakhir dalam sudu dan gelas..
Kombinasi puding neslo,nestum dan masam2 manis buah strawberry tu memang sangat sempurna.

Aduhh, model muka kembang semangkuk ni pun nak enterframe juga..
Aterrrr tahun 2020 ni banyak duduk rumah makan dan makan aje kerjanya...huhu

Selamat mencuba!

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, December 21, 2020

First Mini Concert Daim

Alhamdulillah..
Selesai dah sesi pembelajaran sekolah untuk Daim tahun 2020 semalam.
Sedar tak sedar dah nak sampai hujung tahun 2020 dah kita semua ya..

Walaupun banyak cabaran kerana PKP, kelas online, sistem penggiliran hari sekolah, hari2 bangun pagi tanya 'hari ni sekolah ke tak' dan macam2 lagi, tapi siapalah kita untuk menidakkannya.

Daim dengan sijil, flower bouquet serta goodies dari kawannya yang celebrate birthday semalam.

Muka Daim ada bling2 dan blusher harini sebab buat mini concert. 
Hari2 practice kat rumah  dancing. 
Macam tu lah budak tengah membesar nak explore banyak benda.

FANS Daim..
Kakak2 tunggu kat bawah je boleh..
Hanya ibu bapa je boleh naik atas sekejap untuk bergambar dengan anak..
Tu pun gilir2 sebab takut crowded sangat kat atas..

Sijil pertama Daim..

Thank You Smart Reader Kids Sri Pulai Perdana..

Masuk je kereta, 1001 cerita yang kita orang kena dengar..
Memori dan kenangan untuk Daim semua ni..

Preparation sebelum konset..
Excited Daim hari2 belajar dancing kat rumah..

Daim dan rakan2 sekelasnya..
Memang ko lah paling besar dan tinggi Daim..haha

Sebelum konsert bermula..

Daim bersama dengan pengetua SRK Pulai Perdana..

Lepas konsert...

Thank you semua teacher atas bimbingan dan tunjuk ajar..
Ni cuti sekolah lama lagi ni, mulalah hari2 nanti Daim tanya lagi 'kenapa harini tak pergi sekolah'?

Tahun 2020, tahun lebih banyak duduk kat rumah dari pergi sekolah!

p/s: Usia Daim 4 tahun 6 bulan masa ni..
 
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, December 17, 2020

JJCM Muar || ZZ Sate Warisan

Jalan Jalan Cari Makan Muoooo..
Kalau dah sampai Muoooo, haruslah bersarapan dengan Sate Pagi kan..
Tempat pilihan kami adalah ZZ sate warisan. 
Dekat2 dengan Mee Bandung Abu Bakar Hanipah tu..

Sate kat sini dijual dengan harga RM0.80 secucuk. 
Hanya ada sate Ayam, sate daging dan sate babat (perut) sahaja. 
Rare tu sate perut kan. Tapi kami sekeluarga tak makan pun.

Ni lah rupa sate perut tu..

Soto nasi yang kami order..
Not bad lah juga rasanya..

Sate akan di hantar terus ke meja kita tanpa perlu kita order. 
Kita hanya perlu makan, makan dan makan je tanpa rasa bersalah. 
Tak cukup baru bayar balik. Semeja tu dalam 39 cucuk (siap kira tu).
 Time nak bayar nanti, kita kira lah sendiri berapa cucuk lidi sate yang di makan tak ingat dunia tadi. Hahaha.. Yang tak makan tu jangan diusik..

Tak banyak sangat pilihan lain. 
Hanya ada soto, lontong, mee rebus dan nasi lemak telur je. 

Ayah Damia nak rasa mee rebus pula..
Boleh tahan sedap katanya..

Semua sate ayam dan daging habis..
Tinggal sate perut je tak berusik..

Tempat pun selesa..
Ada air cond..

Setiap hari buka kecuali hari rabu.  Waktu 7:30 pagi sampai 3 petang.

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, December 16, 2020

Resepi Creamy Mushroom Soup

Jarang2 buat homemade mushroom soup ni..
Time ada masa, boleh lah buat sendiri..
Kalau tak memang selalunya standby yang instant punyalah buat stok kat rumah.

Tapi for sure lah yang homemade buat sendiri lagi sedap, pekat dan memikat..
Anak3 nak tambah berapa kali pun ikut suka hati..
Sebab kalau yang instant tu selalu makan mesti tak cukup..hihi

Owh ya nak bagitau juga..
Periuk cantik tu beli kat Madam King's masa gi Melaka minggu lepas..
Manakala Nordic Ceramic Plate tu beli dalam Shopee je..
Cute kan..
Ada macam2 saiz, ada macam2 warna..
Silalah pilih..

Mushroom soup dan garlic bread berpisah tiada..

Untuk garlic bread, saya suka guna roti burger yang dipotong 2. 
Panaskan butter hingga cair, tutup api dan masukkan bawang putih cincang dan daun parsley. 
Sapu pada permukaan roti. Bakar sekejap untuk garing. 
Dan sedia dinikmati bersama creamy Mushroom soup tadi.

Jom tengok  resepi Creamy Mushroom Soup cara saya..
Kot2 ada yang nak mencuba.

Bahan-bahan:

 1 peket shitake mushroom dihiris
1 biji bawang merah besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
500ml susu full cream milk 
(nak guna cooking cream pun boleh)
3 cawan air
1 kiub pati ayam
Sedikit serbuk Lada hitam
Secubit garam
Sedikit parsley

Cara-cara:

1. Panaskan butter di dalam periuk.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih goreng hingga garing.
3. Masukkan cendawan shitake yang telah di tos dan dihiris. Masak sehingga cendawan keluar air.
4. Pabila cendawan dah layu dan air pun hampir kering, masukkan pula tepung gandum dan gaul2 hingga sebati.
5. Masukkan susu full cream. Kacau2 sehingga sebati. Kemudian masukkan bancuhan ke dalam blender dan kisar sehingga tekstur cendawan halus/separa halus. 
6. Tuang semula ke dalam periuk. Kemudian masukkan air, kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Masak sehingga mendidih dan pekat. Kalau terlalu pekat, boleh tambah air sedikit demi sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan sedikit daun parsley.

Selamat mencuba.

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, December 15, 2020

Roti Bantal Peluk pun ada

Jalan Jalan cari sarapan di mana?
Cari sarapan di Yus Dapoq Campoq lah.. 
Yang terletak di Jalan Datin Halimah, Larkin.. 

Signature dish kat sini adalah aneka roti Sarang Burung. Boleh pilih nak roti Sarang Burung Jantan atau Betina 😂. Amboii.. Apa beza ya tu.. Opsss.. 

Gambar diatas tu adalah Roti Sarang Burung Special. Ada cheese di dalamnya.. 

Mula2 nampak ni je, terus saya rasa nak order.. 
Nampak menarik roti ni. 

Menu2 lain macam laksam, soto, lontong, nasi minyak ganu dll semua pun ada.. 

Ayyunie order Soto.. 
Not bad, sedap juga rasanya.. 

Ayah Damia order Laksam.. 
OK, not bad juga.. 
Rasa kepekatan ikannya tu.. 

 Roti Bantal Peluk 
(recommended sebab isi daging dia padat penuh).
Harga RM8. 

Roti Sarang Burung special 
(recommended juga sebab penuh cheese2 tarik, anak2 suka bangat).
Harga RM10.