Wednesday, November 18, 2020

Resepi Fish Fillet Garlic Butter Lemon guna Air Fryer Oven


Fish Fillet Garlic Butter Lemon
Sedap hingga menjilat 5 jari.
Ikan tu masak dalam air fryer oven.
Sos tu masak lah atas dapur.
Akhirnya dalam mangkuk bertemu jua.


Bahan2 perapan:

2 keping Fish Fillet
Lada hitam tumbuk
Garam
Thyme
Cili flakes
Tepung jagung
Canola spray


My new Air Fryer Oven..
Penangan 11.11 punya sale..
So rasmikan dengan menu yang wow sikit..


Air Fryer sedia ada 3.8 liter.
Muat je nak masak seekor ayam saiz sedang.
Air Fryer Oven ni 22 liter.
Lebih besar, lebih praktikal..
Nak2 pula tahun 2020 ni banyak duduk rumah asyik masak, masak dan masak je kan.


Bahan2 Sos: 

2 sudu besar mentega
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 ulas Bawang merah - cincang halus
1/2 kotak cooking cream 200ml
1/2 cawan air
3 sudu besar air perahan lemon
4 keping kulit lemon
2 sudu mozzarella cheese
Garam secukup rasa
Maggie secukup rasa


Cara-cara:

 1. Satukan bahan2 perap  bersama fish fillet kecuali canola spray dan perap 10 minit.

 2.Panaskan air fryer dengan suhu 180'c selama 5 minit dulu. 
Kemudian masukkan fish fillet tadi bersama sedikit canola spray. 

  3.Masak guna function "Air Fry" dengan suhu 200'c selama 15 minit. 
Masak fish fillet tadi sehingga keperangan. 

  4.Untuk sos, panaskan non stick pan dan masukan mentega. 
Biarkan mentega cair dengan api sederhana dan masukan bawang putih dan Bawang merah. 
Tumis sehingga kekuningan dan masukan cooking cream. Terus kacau sehingga berbuih.

 5.Masukkan air, garam dan perasa dan kacau. Biarkan mendidih sekejap. 

  6.Kemudian masukkan mozzarella cheese, air perahan lemon  dan kulit lemon. Kacau sebati.

 7.Akhir sekali, masukkan fish fillet dalam air fryer tadi ke dalam sos dan masak hingga mendidih supaya sos dan ikan serasi. 

  8.Sedia dinikmati. Yummmssss..




:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:

4 comments:

  1. Wah! Besarlah saiz air fryer oven tu, 22 liter. Puas hati masak. Fish fillet garlic butter lemon tu nampak sedpa sangat! Patutlah sampai jilat 5 jari!

    ReplyDelete
  2. Amie- memang puas hati sangat...senang sebab lauk2 dan bahan2 yang nak dimasak tak yah potong kecil2 dah...memang betul2 menjilat jari...

    ReplyDelete
  3. Izin sya share ye resepi....pasti sedap sgt ni...

    ReplyDelete
  4. AZAYAD - Sila-sila..moga memberi manfaat..

    ReplyDelete