Sunday, November 29, 2020

Resepi Ayam Panggang Peri Peri Ala Nandos


Baru je hujung minggu lepas makan kat Nandos Aeon Bukit Indah..
Minggu ni makan lagi..
Tapi kalini buat sendiri lah..
Mujur rasa dan teksturnya hampir sama walaupun tak 100% sama..


Dah namanya pun Ayam Panggang Peri-Peri Ala Nandos.. 
Tak ada sos peri-peri, tak jadi lah menu ni...hihi....


Ni resepi cara saya...
Nak cuba sila-silakan..

Bahan-bahannya:

1 ekor Ayam dipotong  kembang kupu-kupu. 
(Pastikan tulang belakang Ayam dan tulang dada Ayam dibuang.) 
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar garam
1 sudu besar oregano
1 biji lemon di ambil jusnya
4 sudu besar sos nandos peri-peri (hot) 
2 sudu besar sos nandos Peri-Peri (extra hot) 
Sedikit pewarna merah
Canola spray


Cara-caranya:

1.Lumurkan ayam yang telah di cucuk-cucuk dengan 
garfu bersama jus lemon ke seluruh badan ayam. 

2.Lumurkan pula semua bahan-bahan di atas  kecuali Canola Spray
 ke seluruh permukaan ayam termasuk di celah-celah. 
Perap selama 1/2 jam. Lagi lama lagi bagus.

3.Preheat Air afryer 180'C selama 10 minit.

4.Masukkan ayam ke dalam Air fryer dan spray dengan Canola spray. 
Bakar selama 30 minit pada suhu 200'C. 

5. Pada minit ke 15, terbalikkan ayam dan  sapu sos nandos extra hot 
pada ayam dan sambung bakar lagi lebih kurang 15 minit. 

6. Sapukan sos  nandos extra hot sekali lagi masa
 ayam telah betul2 masak sebelum dihidangkan. 

Siap! Bolehlah dihidangkan bersama nasi butter, jagung bakar dan fries ya...
Dan sos peri-peri jangan lupa..
Boleh beli kat mana2 pasaraya ada..

Selamat mencuba!





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

  1. mesti sedap ni... dah lama sangat2 tak makan kat nandos. kali terakhir pun zaman zaman nandos masih wujud di Jusco Taman U

    ReplyDelete