Wednesday, September 16, 2020

Kehidupan Bajau Laut di Pulau Mabul


Di Malaysia, masih ada kaum Bajau Laut (Sea Gypsies) yang:
  • Tidak mempunyai agama, tidak mempunyai pengenalan diri dan sijil kelahiran serta buta huruf
  • Umur diri sendiri pun tak tahu, jauh sekali menghitung waktu. 
  • Hidup secara nomad dalam rumah perahu yg dibuat sendiri atau pondok yang dibina atas terumbu karang di tengah2 laut
  • Keperluan air bersih yang sangat terhad dan tiada elektrik. Apatah lagi nak mempunyai TV atau perkakasan dapur elektrik asas. 
  • Kehidupan bergantung kepada sumber2 laut dengan menangkap ikan, lobster, kupang, landak laut dan lain2. 
  • Jarang sangat jejakkan kaki ke daratan dan kalau jejakkan kaki juga dalam tempoh lama, boleh 'mabuk darat'
  • Selain Bahasa dialek bajau, mereka boleh bertutur dalam Bahasa melayu yang sangat minima. 
  • Pantang nampak pelancong/orang luar, terus datang meminta2 makanan atau duit dengan kita. Ini memang merupakan amalan/habit mereka. 
  • Sisa2 makanan kita pun diaorg minta. Tapi bila dah bagi makanan yang elok, diminta lagi dan lagi. 
  • Jangan berjanji nak beli apa yang mereka jual. Contoh bagitau kejap lagi saya beli buah kelapa awak, nak jalan2 dulu, memang diaorg akan ikut je kita. Pastu dah terlupa nak beli dengan budak tadi, terbeli dengan budak lain, terus budak tadi datang marah2 kita.. Haha.. OK terpaksa lah beli lagi. Tapi bila dah beli, minta duit lain pula. 
  • Baby2 pun ramai je yang tak berbaju duduk dalam perahu ikut kakak/abang meminta2. Kadang2 saja je bagi baby tu menangis kuat2 supaya kita rasa kesian dan bagi duit. 
  • Katanya memang adat mereka baby yang baru lahir akan direndam ke dalam laut sebagai tanda keberanian di laut dan roh laut akan melindungi mereka. 
  • Mampu menyelam berkali2 ke dasar laut tanpa kelengkapan menyelam. 

Kata pemandu grab kami, pemimpin dan wakil rakyat ada je beri sumbangan macam2 dari segi makanan, solar untuk tenaga elektrik, talian telefon dll, tapi lebih diutamakan kepada yang ada IC sahaja dan agak susah juga nak bagi bantuan kerana selalu berpindah randah dan memang tradisi mereka suka jadi nelayan. 

Selamat Hari Malaysia.
Jom kenali Malaysia!


Adik beradik (kot) ni yang pertama kami jumpa sebaik je sampai di Pulau Mabul..
Kesian sangat kat baby tu nangis kuat2 tak berhenti..
Kita yang pelancong ni cuak, diaorang steady je dalam boat..
Siap campak2 baby tu dalam perahu..seriau tengok..


Kesiannya nampak adik2 yang kecik lagi tu tidur dalam perahu...


Air kelapa tua pun tua lah..
Isi keras pula tu..
Kih kih..
Siap cakap yang tua lah manis..
Yang muda masam..haha..


Diaorang ni selain hebat menyelam..
Memanjat pun hebat juga..
Jual air kelapa dengan panjat kayu2 tu je kat pelancong..


Daim ralit tengok gelagat2 Sea Gypsies ni..
Siap gaduh2 sesama diaorg jangan beli kelapa dia ni, beli kelapa saya lah..
 

Mewah lobster dan ketam di Semporna ni..


Semua hasil tangkapan laut masih hidup ya yang diaorg jual.
Harga murah, dapat yang fresh dan yang penting niat membantu mereka2 ni..
Tak dapat bantu banyak, sikit pun jadilah..InsyaAllah...



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment