Thursday, September 3, 2020

JJCM Johor || Menu Thai Street Food di Restoran Ceria Maju, Batu Pahat


Semata2 nak makan Thai Streef Food punya pasal, sanggup drive 1 jam setengah ke Bandar Penggaram (bulatan Batu Pahat) dari rumah di malam ambang Merdeka. Mujurnya highway dan jalan tak jam dan restoran walaupun ramai orang, tapi tak perlu beratur menunggu meja kerana tempat memang luas.


Bertolak dari rumah pun lepas anak3 habis mengaji dan ayah damia balik dari surau..
Bertolak jam 8 malam, sampai lebih kurang dalam jam 9:30 malam..

Sebenarnya banyak lagi menu2 Thai  yang ada, tapi sebab tukang masak Thai masih tak boleh masuk Malaysia, so ada menu2 yang unavailble buat masa ni. Tak pe menu2 lain pun banyak pilihan. 
Tom Yam saja ada 6-7 jenis tak silap. 


Untuk first round kita makan dessert dulu sementara tunggu main menu siap.
Pulut Mangga ni best dihidangkan bersama dengan ais krim..


Ais krim kelapa ni pula uniknya ada pulut kat bawahnya dan ada cebisan2 roti juga.


Selalunya roti sangkaya warna putih, kat sini warna rainbow..


Dessert semua dah manis2, so kita order lah juga otak2 dan pepes ayam ni bagi ada rasa pedas2 sikit..
Barulah seimbang rasa lidahnya kan..hihi..


Yeayy....makanan dah sampai..
Ni aleesya yang order..


Ni menu ayah damia dan ayyunie yang order..
Macam2 lauk ada dalam tu..
Kaki ayam pun ada..haha


Ni saya punya..
Panas panas panas...sebab ada api lagi masih menyala bawah kuali tu..
Dah tu tak sabar2 pegang sudu nak makan..
Alamakkkk sudu pula panas ya ampunnnn...haha..
Tapi dagingnya kurang kick sikit..
Yang saya makan daging harimau menangis kat Kelantan memang betul2 kick dengan sos pedasnnya tu..


Ok puas hati...
Craving satisfied gituuuuuu kan..
Sanggup tengah2 malam di ambang malam merdeka jjcm..

Sudahnya jam 12 lebih baru sampai rumah..
So malam tu tengok bunga api atas highway lah kiter...




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment