Hari sabtu sesudah subuh tanya suami apa plan harini?
Terus dia jawab 'Jom gi makan mee bandung Muar"..
Tanpa dirancang, maka kami sekeluarga pun Jalan Jalan Cari Makan Muooo..
Perjalanan dari rumah ke sini mengambil masa 2 jam..
Tak puas2 berjalan lagi..
Sabtu lepas ko kat Pulau Mabul, sabtu ni ko kat Muooooo pula ya..
Gigih ko kan Ayu sekeluarga..
Sate dan sarapan pagi memang tak dapat dipisahkan di Muoooo ni..
Kami duduk area belakang kedai..
Rupa2nya lagi ramai yang makan2 kat belakang kedai ni berbanding dalam kedai..
View cantik sebab dinding2 penuh mural dan ada 2 kedai lain lagi yang ambil order dibelakang ni..
Daim dengan monkey...
Ni kat depan kedai cendol kampung hulu..
Wallaaaa..
Mee Bandung paling sedap yang pernah di makan..
Boleh ah repeat lagi makan sini..
Btw kami sekeluarga ni bukanlah peminat Mee Bandung..
Tapi mee bandung yang ni boleh layan..
Walaupun pedas sik sik..
Tetap juga nak suap ke mulut..
Boleh order sekali sate, western food dan cendol kampung hulu..
Order cendol kampung hulu, dapatlah keychain ni..
Masing2 kelaparan..
Ni bukan breakfast dah..
Tapi brunch..
View kat belakang tu cantik..
Dengan kehadiran pokok2 bunga kertas yang merimbun dan redang..
Fries untuk Daim..
Mee bandung pedas, sate pun dia tak nak..
Nak makan fries dengan cendol je katanya..
Alaaa, abang ni...malulah saya nak makan..kui kui kui..
Anak2 dah besar, dah pandai ambilkan gambar ibu ayah cantik2..
Anak dara sorang ni pun sama..Sejak meniti usia remaja..
Asyik nak bergambar aje..
Yang ni kena paksa bergambar..
Tak pe tak pe..
Belum remaja lagi kan..
Ni kat lorong2 kedai..
Macam2 tarikan kat dinding tu..
Gambar last..
Tq ayah damia melayan kerenah kami anak beranak..
Lepas dari Muooooo...kami jjcm ke Melaka pula..
Then sambung lagi ke Muooo untuk dinner...
Next entry ok..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Sate muoooo.... Sedap!
ReplyDeleteWahh...bestnya... bila bila nak kena cari ni..
ReplyDeletePuan Hazel - kan...pasni boleh repeat lagi jjcm muoooo
ReplyDeleteAzianKhalil - saya pun dah terbayang2 nak repeat lagi ni...