Monday, July 13, 2020

Makan durian dalam Dusun Tok Wa


Our playground last friday...

Puas hati dapat makan semua gred durian. Durian Black Thorn je tak ada.
Tapi durian Black Pearl pun boleh tahan perginya.
Sampai 3 biji kami layan.
Musang king, udang merah, IOI, D88, D24, kahwin, kampung semua kami dapat makan. Eat till you drop sampai nak bawa perut pun tak larat.. Semput ....

Booking nama 1 minggu lepas untuk dapat slot makan durian harini. Better booking. Kalau walk in takut berputih mata nanti.

Harga pun murah sikit berbanding harga durian yang dijual tepi jalan. Yang penting durian fresh, macam2 gred ada, makan dalam dusun dan pengalaman anak2 dengar durian gugur dan cepat2 gi cari.

Lokasi:
Dusun Tok Wa
Bemban, Melaka.

Exit tol Ayer Keroh, dan ambil masa 15 - 20 minit sampai ke sini. Bayaran adalah ikut timbang berat durian dan bukannya buffet per kepala. Tapi harganya memang murah berbanding harga durian yang jual kat luar tu..

Tips: Jangan parking kereta bawah pokok durian. Nanya nanti. Nyamuk pun banyak, jadi yang bawa anak3, sila sapu lotion penghalau nyamuk atau pelekat nyamuk kat baju siap2.


Kedatangan kami disambut dengan durian Black Pearl


Durian baru luruh


Ada meja dan bangku untuk menikmati durian..


Durian Udang Merah dan IOI


Sebaik-baiknya booking dulu sebelum datang ok..
Takut berputih mata nanti..


Owner dusun..Tok Wa namanya..
Walaupun pakai baju pagoda, tapi lendut hah poket depan baju tu..
Penuh $$$$...


Weekend memang selalunya ramai..


Musang King in action..


Bukti Musang King..


Musang King


Puas hati dapat makan macam2 gred durian


Tangan berlemuihhh tak pe, ada paip air untuk basuh tangan..


Daim tanya kenapa durian rumah nenek tinggi2, durian2 kat sini Daim boleh pegang?
Hah nak jawab apa tu?


Durian yang menanti masa untuk luruh..


Durian yang luruh banyak, yang atas pokok pun banyak..
Tapi comel je sebab pokok durian kat sini rendang2..


Selfie dengan durian...hihi..


Yeayyy..jumpa pun buah durian yang panas2 baru luruh..
Ni Gred Chanee Mas..


Walaupun banyak nyamuk, tapi kami semua puas makan durian..
Anak2 pun happy riang ria disini..


Boleh tengok video kami untuk lihat suasana dan details lagi di Dusun To Wa..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

  1. Seronoknya! Kalau dekat nak juga serbu hihi...

    ReplyDelete
  2. Puan Hazel - Nak serbu kena cepat2, sebab buah katanya lagi 2 minggu akan habis..

    ReplyDelete