Tuesday, May 12, 2020

Resepi Murtabak Raja


MasyaAllah..
Macam tak percaya saya boleh buat Murtabak Raja.
 Menu tersohor di Kelantan ni. Harga pun boleh tahan.


Ni saya buat masa awal2 Ramadan haritu..
Hasil kerjasama 1 keluarga ni..
Masing2 ada tugas masing2. 
Anak2 bab kopek bawang, kopek kentang, goreng inti, pecah telur dll. 
Saya pula uruskan bab uli doh tapi guna "bibik"lah dan mencanai walaupun tak ada aksi2 terbang.
Suami pula uruskan bab jaga murtabak atas api dan bentuk2kan jadi sedap mata memandang.
.

Puas hati sangat hasilnya walaupun perlukan kesabaran. 
Ni sebelum dipotong.
Sayang nak potong sebab macam tak percaya boleh buat Murtabak Raja..haha


Tapi tetap juga kena potong kan kalau nak makan..hihi
Doh dalam dan luar lembut, isi daging dan telur lebih banyak berbanding bawang dan digandingkan pula dengan pencicah cuka bawang dan dalca daging.




Kulit murtabak tu uli guna Bread Maker Trio.
Lembut yakmat hah teksturnya.
Masa uli pun bukan main elastik.
Seronok main2 dengan tepung elastik ni.
Tarik sana tarik sini. Cuma tak ada aksi terbang2 lah. 
Almaklumlah firsf time buat murtabak guna doh buat sendiri. Excited lain macam.
Hasil pun macam tak percaya saya buat sendiri. Hihi..

Ni resepi kulit murtabak cara saya. 

500g tepung gandum
250ml air sejuk
2sb marjerin
2sb susu pekat
1sk garam

Cara-cara:

1. Uli semua bahan2 diatas dengan Bread Maker. Guna setting "dough". Anggaran 1 jam 30 minit.
2. Keluarkan adunan dari bekas. Timbang 100gram setiap biji dan bulat2kan. Saya dapat 9 biji.
3. Lumur setiap doh dengan marjerin.
4. Perapkan dan tutup dengan kain. Saya perap jam 2 petang, kul 5:30 petang start canai letak inti dan bakar.


Mula2 Ayah Damia nak mencanai..
Tapi asyik tak jadi..
Last2 saya juga yang mencanai..


Sudahnya ayah damia tukang bakar murtabak, jaga api dan bentukkan murtabak jadi 4 segi macam dalam gambar.


Bakar guna api kecil je tau.

Ni saya share resepi Inti Murtabak cara saya.

500gram daging cincang.
1 biji bawang holland dipotong dadu
3 ulas bawang putih dipotong dadu
1 biji kentang dipotong dadu
2 sudu besar rempah kari
Telur
Daun sup dihiris
Bawang besar dihiris
Garam dan gula. 

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga naik bau. 
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Masak dalam 3 minit. 
3. Kemudian masukkan daging cincang dan kentang. Masukkan bersama dengan garam dan perasa. Masak sehingga air daging hampir kering dan pecah minyak. 
4. Dah masak, sejukkan. 
5. Dalam mangkuk lain, masukkan 1 senduk kecil inti daging yang telah dimasak tadi, 1 biji telur, daun sup dan bawang. Kacau2 hingga sebati. 
6. Canaikan kulit murtabak tadi sehingga elastik/nampak bayang2 dulang dibawah. 
7. Kemudian masukkan inti tadi ditengah2 kulit murtabak, lipat kan kulit murtabak agar inti tak terkeluar, dan terus angkat letak atas pan pembakar. Bakar dengan api yang kecil dan minyak yanh sikit sahaja hingga masak kedua2 belah. 
8. Canai lagi kulit murtabak. Masukkan murtabak 1 yang dimasak tadi, ulang semula proses no 5, dan letakkan inti tadi atas murtabak 1. Lipat murtabak dan terus bakar. 
9. Canai lagi kulit murtabak utk kali ke 3. Masukkan murtabak 2 yang telah dimasak tadi. Kemudian pukul 1 biji telur bersama bawang dan daun sup, curah atas murtabak 2 tadi. Lipat murtabak dan terus bakar. 
10. Semasa bakar, guna 2 sudip utk rata kan sekeliling murtabak raja dan bentuk2kan supaya jadi cantik 4 segi. 

Dah siap! Renyah juga nak buatkan. Murtabak Raja ni umpama 3 murtabak dalam 1 kulit. Tu yang jadi berlapis2 tu. 


Murtabak biasa pun saya ada buat juga.
Murtabak yang lebih saya buat frozen. 
Senang nak makan masa moreh nanti masuk je dalam Air Fryer. 
Ni kalau open order pun ok kan. 

Selamat mencuba.






::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment