Wednesday, January 8, 2020

Review || Tanjung Point Residence, Penang



Malam terakhir di Penang selepas check out dari Maritime Luxury Suite,
memang rancang nak stay di tepi pantai.
So here we go, kalini kami pilih:

TANJUNG POINT RESIDENCE

Ada 2 bilik dalam apartment.
Semua bilik seaview termasuklah living hall.



Living & dining hall tu memang luas. Sesuai untuk aktiviti berkumpul bersama keluarga.
Bilik iron baju pun ada. Tempat letak kasut pun ada bilik kecik khas.


Ada balkoni untuk santai2 dengar ombak dan angin sepoi2 masuk.


Cantik sangat pemandangan haihhh..


Perabot semua baru2. Sebab tu deposit kena RM300 tu agaknya.
Nak check out kena tunggu lama sikit sebab nak check bilik dulu, baru dipulangkan deposit.


Minum petang kami..
Gigih Ayah Damia dan Aleesya Ayyunie gi mencari makanan untuk minuman petang..
Agak terhad sikit gerai2 tepi jalan disini kerana kebanyakan adalah gerai2 cina.
Macam2 ada tu hah..


Ni pula dinner kami..
Masing2 dah penat malas nak keluar..
So beli je kat kedai Tom Yam berdekatan..
Balik hidang buat style Shell Out..
Puas hati makan kat bilik dari makan kat kedai kan..

Nak kata kedai dekat tak juga, nak2 sampai Batu Feringgi baru jumpa kedai Tomyam Melayu..
Kalau Kedai Seafood Cina, banyak je tepi2 jalan tu..


Dining luas..
Meja kerusi makan pun muat untuk 6 orang..
Just nice!


Kitchenette..
Tak boleh masak heavy2 sangat pun sebab tak ada periuk belanga..
Hanya ada kettle, microwave, peti ais dan pinggan mangkuk gelas je..
Itu pun dah cukup kan..


Wardrobe dan meja make up bilik master room..


Tenang je kombinasi warna biru putih ni..


Bathroom pun best. Tapi seksi sikitlah kalau tak tutup bidai dari dalam toilet. 
Apa ada hal seksi2 suami isteri kan. 
Yang penting bathroom pun seaview juga. Memang vass! 


Ni bilik kedua..


Boleh tengok video untuk lebih details..

Swimming pool pun cantik dan infinity pool gitew. 
Memang Instaworthy lah utk kaki IG tu. Buka sampai 10 malam pula tu. 
Ada laundry berbayar kat sebelah playground sama aras dengan swimming pool. .
Direct access ke pantai. Tapi pantai macam kotor sikit masa tu.
So kami tak berani tak mandi..
Ada kedai convenience kat tepi lobby. 
Nak gi tempat2 menarik kawasan sekitar pun tak jauh sangat.

InsyaAllah, tahun ni (2020) ada peluang dan rezeki kita gi Penang lagi..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

  1. Ya Allah. bestnya menghadap ke laut. terasa angin laut akan menampar lembut di pipi ^_^

    ReplyDelete
  2. Umi Nazrah - ah ah..tenang dan damai je bunyi deruan ombak dan angin masuk dalam apartment..

    ReplyDelete