Haritu masa nak gi Jeju & Tokyo, kami parking kereta di GO PARK (dalam Movenpick Hotel) . Sesuai untuk yang nak tinggal kereta lebih lama dengan affordable rate dan yang bawa banyak luggage serta anak2 kecil. Lagi2 kalau yang kena check in awal pagi sebab early flight kan. Macam kami aritu jam 3 pagi parking kat sini senang.
Antara sebab kami pilih GO Park ni :
- Affordable parking rate. RM20/day untuk outdoor parking dan RM25/day untuk indoor parking (berbumbung).
- Ada luggage assistance yang tolong kita angkat luggage masuk/keluar dari shuttle. Beg berat2 oooo.. Haruslah suka service ni.
- Free airport transper dan pick up. Senang kerja hah. Dah lah orang angkat beg2 kita, pastu orang drive pula kita sampai ke departure hall. Lagi2 lah kalau kita yang kepenatan baru tiba dari mana2 long destination kan.
- Safe and secure. Haruslah secure kan. Sebab hotel selalunya ada 24 jam security service. Apa2 pun sebelum tinggalkan kereta, bacalah doa dan tawakal padaNya.
- Lokasi parking pun sangat strategik. 5 km je dari KLIA dan KLIA2.
- Dan yang terakhir, servisnya adalah 24/7 jam dan 365 hari setahun. Tak yah runsing dah sampai awal pagi ke atau lewat malam. Anytime service ni available.
Kalau baru tiba di arriving hall, call dulu no tel yang diberi.
Tunggu dalam 10-15 minit di tiang 11, nanti shuttle pum sampai.
Tamatttttt...begitulah citernya bak kata Daim..
Otw nak ke KLIA2..
Luggage assistance yang sentiasa membantu...
Dari KLIA2 ke GO PARK Parking..
#sharingisjariah
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Terima kasih,info anda sangat membantu.bagi yang pertama kali nk fly ni..
ReplyDeleteSama2.. Tapi saya tak pasti lah lepas pandemik ni masih boleh parking di situ lagi atau tak.. Better call dulu..
DeleteUtk maklumkan go park sudah tiada.sekarang parking diambil alih oleh hotel movinpick
ReplyDeleteTerima kasih atas info 👍
Deleteassalamualaikum.. saya ada beberapa soalan
ReplyDelete1. bayaran dibuat semasa mula2 parking atau semasa nak keluar?
2. ada kaunter bayaran ke atau kena bayar di hotel?
Anyone can explain if this parking still valid with the price or difference rate? I'm searching the nearest parking to Airport and with flat rate.
ReplyDeleteHai.. Dah tak ada dah GO PARK KLIA ni
Delete