Wednesday, December 4, 2019

JJCM Kelantan || 4 kedai menarik yang wajib singgah makan

Balik kampung minggu lepas, berkesempatan singgah makan di tempat2 yang saya senaraikan di bawah. Jom kita tengok.....

Nama kedai : Cafe Hostel Pantai
Lokasi: Kg Kijang, Jalan PCB
Waktu Operasi : 3:30 ptg hingga 12:00 malam


Kebanyakan makanan berkonsepkan makanan Thai.
Bila ditanya apa yang paling femes kat sini, jawabnya Miang Pla..
Kami pilih Miang Pla seafood. Harga RM40 sedulang.
Rasa not bad lah. Siapa suka makan seafood, wajib try..


Yang ni menu yang wajib dicuba.
Daging Harimau Menangis..
Sos dia tu yang padu-padu..
Harga sepinggan RM10.


Mee Celup Thai..
Rasanya agak manis dan bercampur lauk daging, ayam & bakso..
Harga Semangkuk RM5.


Air Teh Tarik Madu dan Teh Hijau Madu ni macam biasalah..
Manis kaw kaw punya..
Ater namanya Kelantan kan...hihi.
Segelas RM5 harganya..


Bawa family mertua makan malam disini..
Btw semua dah kekenyangan pun..
Sebab tu kitaoang ratah lauk je ni..


Orang memang selalu ramai kat kedai ni..
So kalau dapat datang awal lepas maghrib lagi bagus lah..
Lepas isyak je semua meja dah penuh.

************************************************************************

Nama kedai : Hak Tegoh Katering
Lokasi: Traffic Light Jalan Bayam, depan Sri Changgong Sdn Bhd
Waktu Operasi : 7:00 pagi hingga 11:00 pagi


Buffet Sarapan RM5  je  sekepala.
Mana nak dapat harga tu dengan macam2 menu..
Kami pergi 10 orang, 10 biji telur masak separuhlah juga kami order..haha


Roti bakar letak mentega dan gula ni memang best.
Walhal boleh je buat sendiri ka rumah kan.


Saya dan keluarga mertua saya.
Btw antara pilihan makanan yang ada seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Ayam goreng, Ayam Bakar, Aneka gulai, Nasi impit, lontong dan kuih muih.


Yang paling bestnya tu kat sini, air boleh masing2 order nak air apa..
Tapi harga tetap RM5 sekepala..
Terbaikkkkk kan..


Boleh tengok video yang saya ambil ni...

*********************************************************************************

Nama kedai : Selera Tepi Sungai
Lokasi: Jalan Machang, Tanah Merah
Waktu Operasi : Tak pasti pula 


Food heaven is here..
Macam2 ada sampai tak tahu nak makan yang mana dulu..
Ni section bahagian sup-sup..


Ni pula bahagian laksa thai, laksa kelantan dan laksam..


Ni bahagian makanan2 Thai..


Aneka lauk pauk..
Jujurnya bila dah banyak sangat, tak sempat nak tengok kesemua jenis lauk pun..


Mak pun suka makan kat sini..
Sedap2 makanannya..
Tempat pun selesa dan konduksif.
Harga berpatutan.


Aneka dessert bubur manis2.
Haihhh..kalau boleh nak makan semua..
Tapi jangan ikutkan nafsu sangatlah kan..
Makan berpada2..


Total kami makan ni hanya RM55 sahaja..
InsyaAllah..next time boleh repeat lagi..

*********************************************************************************

Nama kedai : Kedai Kopi Pok Hok Tepi Sungai..
Lokasi: Pasir Pekan (jalan dia ada semak2 sikit sebelum sampai tepi sungai)
Waktu Operasi : Awal pagi hingga tengahari


Wajib singgah ini kalau suka makan sarapan heavy2..


Macam2 gulai ada. Serati, kambing, lembu, ayam kampung, ayam bandar dan lain2..
Kuah2 gulai dia memang sedap dan kaw kaw..
Harga pun reasonable..
Dan Pok Hok pun peramah.


Pabila adik beradik sebelah ayah Damia berkumpul..
Masa ni ada sorang lagi family tak sampai dari KL..


Nasinya banyak la haiiii..
Kalau yang tak makan banyak tu, sila request nasi separuh siap2 ya..
Jenuh nak habiskan nasi sebungkus tu..


Kat tepi tu, ada buaian boleh kita naik..
Dengan pemandangan tepi sungainya...
Tapi selalunya orang bergambar je lebih ka situ..
Masa kami datang air sungai agak deras juga..
Al maklumlah, musim tengkujuh dah tiba.


Video sekitar kedai Pok Hok..

Tamat sudah cerita JJCM di Kelantan.

Moga ada kesempatan JJCM tempat lain pula nanti..

Terima kasih Allah atas nikmat ini..


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

  1. tap tap tap meleleh air liur saya. :P

    ReplyDelete
  2. firdausi - cuti2 ni gi lah jalan2 pantai timur..opsss...baru teringat banjir..

    ReplyDelete