Thursday, November 14, 2019

JJCM Penang || Nasi 7 Benua





Finally sampai juga kat sini..
Ok tak mengidam dah lepas ni..
Tahun lepas memang nak ke Nasi 7 Benua ni, sekali bila masuk nama kedai dalam Waze, dihantarnya ke restoran lain pula dah..so kitaorg makan je lah kat Jawi House Cafe Gallery tu..

Unikkan nasi 7 benua ni..
7 benua sempena 7 jenis nasi..
Nasi putih, nasi kacang, nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak pandan, nasi lamuni dan nasi hujan panas.

Nampak macam banyak kan nasinya, sebenarnya kuantiti satu scoop tu kecil je..
So 7 nasi benua ni dalam 1 pinggan macam 1 mangkuk kecil nasi putih tu je..
So insyaAllah memang boleh habis sorang makan, yang makan sikit tu share2 le..



Bergambar kenangan di gambar 7 nasi benua tu..
Mak pun berselera je makan kat sini berbanding nasi kandar, mak tak berapa suka sebab pedas kuah2nya.


Bukti dah sampai nasi 7 benua!
Candid by Aleesya..

Btw restoran ni terletak kat Bayan Lepas..
Otw kami nak ke airport balik JB singgah makan kat sini dulu..
Dari sini nak ke airport dalam 4 km je..


Uniknya kat sini adalah pada nasi 7 jenis tu lah..
Manakala lauk pauk kita boleh pilih sendiri nak makan lauk apa.
Sedap2 juga lauknya..
Saya ambil sambal ikan bilis dan daging asam..
Lembut je dagingnya.
Sambal ikan masin Tualang pun best.
Nasi nak google resepi lah..hihi..

Btw banyak2 kedai makan sepanjang kami kat Penang, ni lah kedai yang paling murah kami makan..
Serius 3 pinggan nasi (sebab saya dan mak share2, Ayyunie dan Daim share) termasuk 5 jenis air hanya RM35 sahaja...perghhh memang murah...

Tahun depan boleh repeat lagi!
InsyaAllah..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment