Friday, July 5, 2019

Resepi Sos Black Pepper



Rebus tulang nak masak Sup Tulang hajatnya..
Ntah cam mana terjadi tulang chop pula..
Tak tahu nak panggil proper name  apa..
Tulang Chop pun sedap juga nama dan rasanya..hihi..

Sos Black Pepper tu masak sendiri.
Kalau diblend lagi cantik tekstur nya..
Ni sebab kes malas, maka mengerutulah jadinya sos tu..


Perap pun style orang malas..
Just lumurkan sos lada hitam dalam botol tu je semata2..
Pastu lumurkan sikit minyak supaya tak kering sangat..
Tapi ada rasa tau!
Perap pagi, jangan simpan dalam peti ais, lepas maghrib bakar.


Bakar pun dah senang sekarang.
Bakar dalam Air Fryer je.
Sebab dah direbus kan.
So sekejap je masa bakarnya.
180'C dengan masa 10 minit sahaja.
Balikkan tulang, pastu bakar lagi 5 minit.
Just nice tak kering sangat..

Aleesya cakap nikmatnya makan Tulang Chop kat rumah ni.
Setiap inci isi kat celah2 tulang tu diratahnya.
Kalau tak, makan kat kedai makanan chop2 ni, nak jilat jari pun kena pandang kiri kanan dulu kan.


Oklah, untuk resepi penuh boleh tengok dalam video ya.
Bahan2 simple je.
Cara masak pun senang.
So enjoy dan selamat mencuba!



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment