2 Bulan lepas, bawa staffs Company trip ke Sarawak.
Semalam CocoDamia pula menerima kunjungan delegasi dari Kementerian Sarawak pula.
Ni semua pegawai2 dan penjawat2 awam dari Kementerian Pembangunan Perindustrian & Usahawan Sarawak.
Terima kasih kepada Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) selaku host, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEJ) DAN SME CORP Johor.
Fokusnya dengar apa yang saya sampaikan kat depan tu ;-)
Selalunya kalau lawatan2 sebegini, mereka lebih berminat nak tahu bagaimana CocoDamia bermula dan perkembangan serta kejayaan hingga kini.
Terharu dengar ucapan dari Pengarah SME Johor ni.
Antara ayatnya " CocoDamia usahawan contoh yang tidak mendapat assist dari mana2 Agensi, usahawan yang berdikari"
Sebenarnya bukanlah langsung tiada menerima bantuan dari mana2 agensi, cuma sangat minumum.
Selagi boleh berdikari, selagi mampu buat sendiri. Kami cuba sebaiknya.
Sesi Demo Coklat.
Betul2 perhati semua cam mana nak buat coklat ya.
Teruja kan buat coklat2 ni..
Buat coklat memang nampak senang..
Tapi teknik, suhu, penyediaan, penyimpanan, filling semua tu yang kena hati2 dan teliti.
Uikkss...yang lelaki pun teringin nak buat coklat juga.
Penuh teliti dan hati2..
Minum air coklat yang sedap (pastu pakat ramai2 beli) dan makan coklat sampai puas hati memang wajib lah kan..
Hooyay...acara yang dinanti2 katanya...shopping time..
Terima kasih atas cenderahati dan ole2 dari Sarawak..
Kita gi Sarawak, macam2 kita shopping bawa balik sebagai ole-ole kan..
Diaorg datang tempat kita, macam tu jugalah shopping berkotak2 bawa balik tempat diaorg.
Terima kasih semua..
Cantik & Indah sungguh cenderahati dari Kementerian Pembangunan Perindustrian & Usahawan Sarawak. Siap bagi Ole-ole lada hitam lagi hah...
Nak suruh R&D coklat lada hitam.
Ahamdulillah..
Terima kasih YA ALLAH kerana ENGKAU lapangkan dadaku, mudahkan tugasku, lepaskan simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku dan memberi manfaat.
Aaamin..
:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Tahniah puan..
ReplyDelete