Friday, May 3, 2019

Makanan best di Kuching serta cadangan nama kedai

Selain Penang, Kuching juga antara destinasi untuk Jalan-jalan cari makan..

Jadi masa Company Trip PelangiXcocodamia 2 hari lepas, kami mengambil kesempatan mencuba beberapa makanan Sarawak walaupun ada antaranya saya dah pernah try. Sebab ni bukan kali pertama saya ke Sarawak dan masa darjah 4 hingga peralihan dulu, saya pernah bersekolah di Sarawak.


NASI GORENG TERUBUK MASIN - KOPI O CORNER

Bagi saya nasi gorengnya biasa2 je. Lebih kurang rasa nasi goreng kampung. Tapi yang bestnya adalah ikan terubuk masinnya tu. Tak masin sangat. Isi banyak. Tulang semestinya pun banyak. RM13.90 sepinggan.


MEE KOLOK AYAM & DAGING -   SERAPI CORNER

Mee kolok ni bagi saya lebih kurang rasa maggie kuah soto. Ada yang kata macam maggie sup daging pun ya. Cuma uniknya cara hidangannya adalah dihidangkan dengan kuah yang berasingan. Sedap bagi peminat mee yang berkuah. RM5 semangkuk.


OYSTER PANCAKE - KEDAI 25 TOP SPOT

Ini adalah kali pertama saya cuba Oyster Pancake ni. Bagi yang tak gemar/ geli makan oyster tu, no worries. Sebab bila dah buat pancake macam ni, rasanya tak hanyir sangat. Sedap dicicah sos/ sos umai berbanding sos kicap tu. Yang pancake kembang tu memang rangup dan sedap dikunyah macam tu saja. RM20 kembang setaman tu.


MIDIN GORENG BELACAN - KEDAI NO 2, KG TELAGA AIR

Kat top spot malam pertama sampai tu dah makan sebenarnya midin goreng belacan ni. Tapi rasanya kurang umphhh lah. So keesokkan harinya try lagi makan kat Kg Telaga Air ni. Baru betul menepati citarasa. RM20 sepinggan saiz pinggan nasi.


AMBAL GORENG CILI API - KEDAI NO 2, KG TELAGA AIR

Ambal tu maksudnya pepahat. Tapi pepahat yang dihidangkan ni telah dibuang kulitnya, Maka tinggallah isinya digoreng masak cili api. Not bad rasanya. RM10 semangkuk sederhana besar.


UMAI UDANG -  KEDAI NO 2, KG TELAGA AIR

Malam pertama sampai tu, dah try umai ikan kat top spot. Tapi rasanya tak berapa kick lah sebab ni bukan first time saya makan umai. Esoknya try makan kat Kg Telaga Air, barulah betul2 sedap dan kick sesedap rasanya sambalnya. Lagi satu udangnya pun fresh. Memang power! Harga RM5 sepiring kecil.


LOBSTER MASAK SOS  -  KEDAI NO 2, KG TELAGA AIR

Kalau pergi Kg Telaga Air ni,memang syurga seafood untuk makan tengahari. Macam2 kami ambil. Ketam masak butter, udang galah saiz XXL masak sos, sotong oreng tepung dan Lobster masak sos. Rasa memang secukupnya. Harga pula memang berbaloi2 lah. Lobster tu RM20 seekor. Ketam bunga besar2 baru RM15 seekor. Udang galah saiz XXL RM25 seekor. Memang puas hati!


AIS KRIM GULA APONG -  KIOSK TEPI JALAN INDIAN STREET

Sebenarnya ais krim gula apong ni ada banyak tempat dijual. Bezanya cara hias topping dan tinggi mana ais krim tu je. Memandangkan kami berada di sekitar kawasan Indian Street masa tu,so beli yang mana ada depan mata sahajalah. Harga untuk saiz mangkuk besar macam dalam gambar RM4.80.


CENDOL SARAWAK- PANTAI DAMAI SANTUBUNG

Sedapnya cendol sarawak ni. Cendol dia bukan panjang2 macam biasa tu, tapi ketul2. Lembut je cendolnya. Lepas tu dalam tu juga ada sagu, kitaorang ingatkan pearl. haha..Dan yang pasti cendol ni menggunakan gula apong ya bukan gula melaka macam biasa tu. Harga segelas tu RM3. Untuk makluman, perbezaan gula apong dengan gula melaka adalah gula apong menggunakan nira pokok nipah, manakala gula melaka menggunakan nira pokok kelapa.


JERUK KELUBI-  DATARAN KG TELAGA AIR

Lepas makan lunch seafood, bolehlah ke dataran yang terletak di tepi muara tu untuk menikmati aneka jeruk yang dijual. Saya rindu nak makan jeruk kelubi ni sebab masa saya duduk kat Sarawak dulu, mak buat jeruk kelubi untuk dijual. Sampai luka2 jari ni kena duri dan semalu buah kelubi ni. Kelubi ni walaupun dah dijeruk, tapi tetap kena makan dengan garam yang dicampur sedikit gula dan cili untuk pedas. Dah siap2 letak dalam plastik kecil masa beli jeruk ni. Jeruk pun tak masam sangat macam biasa tu. Harga RM5 sebekas ni.

Hah...ada banyak lagi makanan2 tradisi Sarawak seperti Ayam pansoh (Ayam dimasak dalam buluh). Ni memang saya sengaja tak nak try sebab saya imagine dalamnya macam ayam kukus je...haha..Lagi satu laksa sarawak, dah pernah try makan dulu, tapi macam tak kena dengan selera saya dan pelbagai lagilah makanan2 Sarawak yang lain. InsyaAllah, ada rezeki ke Kuching lagi, kita  try makanan lain pula ya.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment