Tuesday, April 2, 2019

Ada apa di Come Out & Play "Foodology Activities" di Puteri Harbour Theme Park



Selain dari berseronok dengan alam kartun di Thomas Town & Sanrio Hello Kitty Town tu, apa kata kita cuba pula aktiviti "Foodology' ni. 
Sangat sesuai untuk aktiviti sekeluarga yang ada anak-anak. 


Aktiviti Foodology ni boleh dirasai keseronokannya bermula dari 22 Mac 2019 hingga 30 April 2019. Hah! Mana2 yang memang sedang bercuti kat Johor tu, apa lagi? Masih sempat ke Puteri Harbour. Manakala untuk orang2 Johor, hujung minggu pun boleh pergi. 


Bayaran yang dikenakan juga amat berbaloi dengan input serta aktiviti yang dilakukan.


Aktiviti Foodology ini dijalankan di Level 2.
Setelah bayaran dibuat, petugas akan mmberi kad nama seperti diatas.


 Antara aktivitinya seperti bermain game dengan Piramid makanan.


Apa yang akan berlaku jika titisan sabun dimasukkan dalam susu?


Light, Lava, Action!


Membuat ice cream sendiri.


Tindak balas garam dengan ais..agak2 apa akan berlaku ya?


Semestinya sebelum memulakan aktiviti, tangan2 peserta akan dipakaikan hand sanitizer dulu..


Wow, buat apa tu?


Yeayy dah jadi ice cream..


Dikejarnya kita sampai ke luar sebab nak panggil interview bagi feedback tentang program ni. Terpaksa masuk bilik semula sebab interview kat luar bising. Bagi feedback on the spot apa yang terlintas di fikiran je lah. 

Video direkod oleh Ayyunie
 Happy Watching


Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak2 menerokai alam sains untuk aktiviti "Foodology" ni, bolehlah membuat pembelian tiket di:

Blog: http://bit.ly/2Fp4cnO


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta gambar2 sepanjang aktiviti, bolehlah tekan hashtag:

#ColdStoneCreameryAtSanrioHelloKittyTown
#ColdStoneCreameryAtThomasTown
#FoodologyAtThomasTown
#ComeOutnPlayThomasTown
#ComeOutnPlaySanrioHelloKittyTown

Eh! Bagi ibu bapa yang dah pergi untuk aktiviti Foodology ni pun, jangan lupa hashtag macam diatas pada gambar2 yang diupload di IG atau FB tau.


Happy holiday & Enjoy! 


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment