Wednesday, March 27, 2019

Foodology School Holiday Activities at Thomas Town & Hello Kitty Town



Hello Everyone.. 
Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari lagi..
Tak tahu nak bawa anak2 bercuti kemana atau buat aktiviti apa? 
Jom ke Thomas Town & Hello Kitty Town kat Puteri Harbour, JB. 

Sempena cuti sekolah ni, ada program baru diperkenalkan di Puteri Harbour.
Selain dari berseronok dengan alam kartun Thomas & Hello Kitty tu, apa kata kita cuba pula aktiviti "Foodology' ni. Sangat sesuai untuk aktiviti sekeluarga yang ada anak-anak. 

Aktiviti Foodology ni boleh dirasai keseronokannya bermula dari 22 Mac 2019 hingga 30 April 2019. Hah! Mana2 yang memang dah bercuti kat Johor tu, apa lagi? Masih sempat ke Puteri Harbour. Manakala untuk orang2 Johor, hujung minggu pun boleh pergi. 



Apa yang bestnya aktiviti ni? 
 Ni merupakan modul permainan sains menggunakan makanan.
Antaranya Foodologist akan menerangkan piramid makanan dalam bentuk game yang interactive, ada "Colour n Cream" yang mana anak2 boleh meneroka tindakbalas bahan2 kimia dengan ais semasa penyediaam ais krim sendiri dan juga "Colour Crazy" yang mana anak2 dapat melihat sendiri bagaimana susu lembu bertindak balas dengan sabun pencuci pinggan untuk menghasilkan lava.

Wahhhh pendek kata anak2 bukan sahaja akan berseronok dengan alam fantasi mereka bermain, terapi juga akan meningkatkan ilmu sains mereka secara tidak langsung. 



Selain itu, bagi 1000 pengunjung yang terawal dengan pembelian tiket Puteri Harbour pula, mereka akan menikmati "condiments" secara percuma dengan pelbagai pilihan yang ada. Seperti ais krim, gummy bear, M&M Chocolates dan lain2 lagi. Tapi yang ni terhad sehingga 30 Mac 2019 sahaja. So cepat2 pergi ok! 


Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak2 menerokai alam sains untuk aktiviti "Foodology" ni, bolehlah membuat pembelian tiket di:

 Untuk mendapatkan Special Discount pula, sila gunakan kod promo "OTF319" semasa membuat pembelian online. Sah sehingga 30 Mac sahaja kod promo tu ya. 


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta gambar2 sepanjang aktiviti, bolehlah tekan hashtag:

#ColdStoneCreameryAtSanrioHelloKittyTown
#ColdStoneCreameryAtThomasTown
#FoodologyAtThomasTown
#ComeOutnPlayThomasTown
#ComeOutnPlaySanrioHelloKittyTown

Eh! Bagi ibu bapa yang dah pergi untuk aktiviti Foodology ni pun, jangan lupa hashtag macam diatas pada gambar2 yang diupload di IG atau FB tau.

Happy holiday & Enjoy! 


No comments:

Post a Comment