Thursday, January 10, 2019

First time at Kopitiam Kita


Berkesempatan menjejaki kaki kesini bersama keluarga di Kelantan masa buat kerja giler tiba2 fly balik Kelantan tatkala lepas hantar anak2 gi Summer Camp di Sepang haritu..

Dah lama juga nak merasai sarapan kat sini, tapi Allah tak izin. Ada je halangan dan macam2 hal kalau nak ke sini dari dulu. Tapi kalini Alhamdulillah, siap bawa Parent in law, brother in law dan anak2 saudara lagi bersarapan bersama. 


Macam2 menu ada kat sini dari yang seringkasnya hinggalah seberatnya.
Tapi orang kata kalau datang sini tak sah tak makan Roti Titab kan..
So kita try!
Btw macam2 roti lagi ada tau kat sini, roti kaya, roti majerin dan gula, roti telur dadar dan macam2 lagi lah..tak ingat semuanya.


Selain dari roti titab tu, aneka nasi, kuih muih, serta makanan tradisi Kelantan pun ada. Banyak sangat pilihan. Pilih je iku selera nak yang masa. Tapi sekali sekala makan pulut pagi memang syokkk habis rasanya.

Masa kami sampai tu, penuh semua meja dengan pelanggan. Memang kena beratur lah tunggu meja. Meriah dengan aneka no plat kereta dari pelbagai negeri. Memang rasanya semua yang datang akan enjoy the food dan juga suasana. Di dinding2 pula penuh dengan gambar2 celebriti, pemain bola sepak serta orang2 kenamaan yang pernah datang makan di Kopitiam Kita ni. Sambil makan boleh sambil2 cuci mata tengok gambar.


Btw sebenarnya saya makan roti titab ni satu dengan white coffee ais pun dah cukup kenyang tau! Ya lah rotinya saiz besar bukan roti putih biasa tu. Harga roti titab ni RM5. Kalau special (add on lagi 1 telur kat atas roti) harganya RM6. Waktu operasi kedai dari jam 7 pagi hingga tengahari. Tapi orang kata kalau dah tengahari tak banyak pilihan dah. Terutama kalau musim cuti sekolah. Cepat je habis. 

Cara nak ke sini? 
Jangan tanya saya..haha...
Sebab adik ipar yang tunjuk jalannya. 
Tapi sekarang apa susah, Waze kan ada ;-)

No comments:

Post a Comment