Friday, October 19, 2018

Tetamu jauh dari Kedah II Masak sambal senyap-senyap guna stir fryer

Cerita ahad lepas..

First time ni kakak saya dari Kedah datang ke rumah saya di JB.. Kalau tak kerana anak sulungnya a. k.a anak buah saya dapat kerja kat JB ni, tak sampai rasanya diaorg kat rumah saya. 

Tahniah untuk anak buah saya Alim yang konvo pada hari sabtu haritu, kemudian hari ahadnya terus datang JB untuk tengok rumah sewa yang company provide dan juga daftar kerja. Bertuah lepas grade je terus dapat kerja yang not bad positionnya..


Petang ahad tu sampai, saya jamukan mereka ringan2 dulu..kiranya minum petang lah..Dessert semua order je sebab petang tu pun saya balik dari office pun dah lepas asar. Mee goreng tu je lah yang gigih buat..


Meriah rumah...
Sekali sekala kumpul ramai2 cam ni kan..


Diaorg pakat dok berkenan kat Open Concept Kitchen saya aihh..
So jom bergambar kenangan disini..
Alahai si Daim enterframe kat depan tu pula..
Habis semua orang nak ditembaknya..


Malamnya pula, saya ajak anak saudara saya yang belajar kat UTM untuk join kami dinner pula..

Teringat dulu2 mak saudara sorang ni alone je kat JB ni...tak ada sesiapa pun saudara mara..kini anak2 saudara dapat jodoh orang JB, dapat belajat kat JB, dan terbaru dapat kerja pun kat JB..


Pagi esoknya...fuhh ramai yang menolong didapur buat sarapan...anak saudara saya boboy ni memang suka masak2 kat dapur..pendek kata kalau nak minta tolong kerja2 dapur, serah kat dia je..


Kebetulan cuti Hari Hol, so anak2 dara saya pun merajinkan diri didapur..


Taraaa...buffet breakfast haritu..
Walaupun ramai assistant didapur, tapi bab masak memasak memang saya juga selesa buat sebagai tuan rumah kan.. menu utama Nasi Lemak pandan..


Dah macam hotel ni katanya..hihi..Alhamdulillah..


Yang bestnya tu, masa dah siap2 masak nasi lemak semua, tetiba anak2 saudara saya tanya..
" Eh Cik Ayu dah masak sambal ke? Masak bila? Tak nampak pun.."

Diaorg tak tau yang Cik Ayu diaorg ni masak sambal guna stir fryer diam2 dalam tu...Masak 15 minit, kacau pun automatik, 2 kali pecah minyak, dapur bersih tak memercik dan rasa memang confirm tip top lah...sedar2 dah siap sambalnya...hihi..

Terima kasih semua yang datang...InsyaAllah ada rezeki dan peluang jemput datang JB lagi...

No comments:

Post a Comment